Thursday, November 14, 2013

Kelahiran Anakanda ke-3




Assalamualaikum....

Wahhh....lama sungguh tak bersiaran ! Last entry bulan April? Skang dah November... Memang cipta rekod lah (>,<)v

Sepanjang tempoh menyepi dari berblog banyak perkara menarik yang berlaku tapi tak sempat/dapat di'share'kan atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan...cewahh~!

Actually, sebab lama tak update kerana tuntutan kerja yang super busy (penghujung April) opis berpindah ke tempat baru. So, otomatiknya banyak la kene mengemas dah trace balik dokumen2 dan barang2 opis...pastu plak...masa tu jugak saya sedang pregnant anak ke -3. Makanya, kemalasan ditokok tambah dengan kelesuan untuk menaip panjang2 sungguh la tak dapat dibendung...kahkahkah...

Eh, yang beno nya entry ni nak cerita dan nak bagitau yang saya dah selamat melahirkan anak kami yang ke-3...Alhamdulillah ! Seorang puteri... Ya, makanya kini MZW menjadi 2 gegurl dan 1 boboiboy *wink*


Baby ketiga ini agak poning kapla jugakla nk cari nama dia..bukan pilih yer...baru nak cari...huhu...

Setelah ditapis tapis...macam byk jer list dia..padahal ade 2 ke 3 ketul je pun cadangan nama baby (-.-)
Kami somi isteri sepakat pilih

Mya Zarith Wafiqa

Mya tu ayah MZW berkeras nak maintain nama anak2 dara dia Mya...kalo ikut pilihan saya..nama lain (-______-)

Takpelah...ibu mengalah..hihi.. Nama Wafiqa tu sempena memberi penghormatan kepada abg long zharif yang nak nama baby baru sama ngan nama dia..kihkihkih...kalo ikutkan saya nak nama lain juga *flip tudung*
So, kesimpulannya nama Zarith je la yang ikut buku..kahkahkah...

Tu yang nenek MZW membebel kata " ek eleh...beriya cari nama last2 pusing2 nama abg kakak dia jugak "

Nak buat cemana mungkin itulah qada' dan qadar nya *tetiba*

Oklah...takmo bebel panjang2..jom tengok wajah baby baru kami.




gambo fresh pas beberapa jam dilahirkan..



30 September 2013


Alhamdulillah Mya Zarith Wafiqa sangat mudah dilahirkan...cerita tentang proses kelahiran baby entry lain la yer...insyaAllah. Akan diusahakan (>,^)

Oh ya...saya bersalin di Klinik Rawatan Keluarga, Kuala Terengganu.. Asalnya plan nak bersalin di Pusat Perubatan Intan. Orang Teganu taulah kot...kat Kuala Terengganu ni pusat bersalin private ada 2 ni jek..selain tu Kuala Terengganu Specialist (KTS) la..puas survey dan tanya orang mana yg lebih baik..last2 pilih bersalin kat Keluarga je la..tapi bukan bermaksud kat Intan tak bagus yer...sama je..dua2 pun doktor perempuan sahaja..ya, sebab utama pilih nak bersalin kat private sebab nak doktor pompuan yang handle..hehe..

Okla, baby dah bangun nak susu...biasalah orang pas bersalin hobi terbaru ialah MENYUSU...hihi...

InsyaAllah akan bersambung....

Tata~




1 nukilan anda:

Aina

Tahniah....comel baby!

Selamat berpantang:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...