Thursday, November 14, 2013

Kelahiran Anakanda ke-3




Assalamualaikum....

Wahhh....lama sungguh tak bersiaran ! Last entry bulan April? Skang dah November... Memang cipta rekod lah (>,<)v

Sepanjang tempoh menyepi dari berblog banyak perkara menarik yang berlaku tapi tak sempat/dapat di'share'kan atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan...cewahh~!

Actually, sebab lama tak update kerana tuntutan kerja yang super busy (penghujung April) opis berpindah ke tempat baru. So, otomatiknya banyak la kene mengemas dah trace balik dokumen2 dan barang2 opis...pastu plak...masa tu jugak saya sedang pregnant anak ke -3. Makanya, kemalasan ditokok tambah dengan kelesuan untuk menaip panjang2 sungguh la tak dapat dibendung...kahkahkah...

Eh, yang beno nya entry ni nak cerita dan nak bagitau yang saya dah selamat melahirkan anak kami yang ke-3...Alhamdulillah ! Seorang puteri... Ya, makanya kini MZW menjadi 2 gegurl dan 1 boboiboy *wink*


Baby ketiga ini agak poning kapla jugakla nk cari nama dia..bukan pilih yer...baru nak cari...huhu...

Setelah ditapis tapis...macam byk jer list dia..padahal ade 2 ke 3 ketul je pun cadangan nama baby (-.-)
Kami somi isteri sepakat pilih

Mya Zarith Wafiqa

Mya tu ayah MZW berkeras nak maintain nama anak2 dara dia Mya...kalo ikut pilihan saya..nama lain (-______-)

Takpelah...ibu mengalah..hihi.. Nama Wafiqa tu sempena memberi penghormatan kepada abg long zharif yang nak nama baby baru sama ngan nama dia..kihkihkih...kalo ikutkan saya nak nama lain juga *flip tudung*
So, kesimpulannya nama Zarith je la yang ikut buku..kahkahkah...

Tu yang nenek MZW membebel kata " ek eleh...beriya cari nama last2 pusing2 nama abg kakak dia jugak "

Nak buat cemana mungkin itulah qada' dan qadar nya *tetiba*

Oklah...takmo bebel panjang2..jom tengok wajah baby baru kami.




gambo fresh pas beberapa jam dilahirkan..



30 September 2013


Alhamdulillah Mya Zarith Wafiqa sangat mudah dilahirkan...cerita tentang proses kelahiran baby entry lain la yer...insyaAllah. Akan diusahakan (>,^)

Oh ya...saya bersalin di Klinik Rawatan Keluarga, Kuala Terengganu.. Asalnya plan nak bersalin di Pusat Perubatan Intan. Orang Teganu taulah kot...kat Kuala Terengganu ni pusat bersalin private ada 2 ni jek..selain tu Kuala Terengganu Specialist (KTS) la..puas survey dan tanya orang mana yg lebih baik..last2 pilih bersalin kat Keluarga je la..tapi bukan bermaksud kat Intan tak bagus yer...sama je..dua2 pun doktor perempuan sahaja..ya, sebab utama pilih nak bersalin kat private sebab nak doktor pompuan yang handle..hehe..

Okla, baby dah bangun nak susu...biasalah orang pas bersalin hobi terbaru ialah MENYUSU...hihi...

InsyaAllah akan bersambung....

Tata~




Tuesday, April 23, 2013

Sepintas lalu....

Assalammualaikum


Yaa.... lama benor tak update blog...

Bz sangat ke? hikhikhik...ada lah sikit2..

Actually skang ngah bz sebab esok nak pindah opis baru... so, kerja2 menge'pack' dan membungkus segala mak nenek dokumen dan barang2 memakan masa jugak... mana barang2 lama dah 'uzur'...alamatnya babai la...kahkahkah...tak koser mak nak angkut sekali..

Pas pindah, proses mengemas dan menyusun atur barang semula ke tempat asal pulakkk...adehhh~! Sib baik ada suami yang gagah perkasa lagi sangat baik hati (ayat bodek..kahkahakah) sanggup membanting tulang 4 keratnya utk membantu isteri tercinta mengemas nanti...huhu~! Tq hubby ! Eh, si isteri tolong juga...tolong tengok (>,<)v

By the way, just a quick update...

Lately tak banyak perkara menarik pun (actually nak kabo tak ke mana2 pun..sobs..sobs...) by, bila nak pi holiday lagi ni..bosan kot ari2 gi keje balik keje je..nak kene pi holiday gak la...kasi refresh balik otak khenn...

Disebabkan tiada apa2 kejadian menarik nak share, maka saya hidangkan dengan wajah agak terbaru jugakla...puteri notty kami...Zaliqha...hehe~!


* Actually, tak sempat nak transfer pics dan masa sgt suntuk...insyaAllah next time saya update lagi yer.. Thanx for reading !


 Budak mata sepet??? huhu~!

 " Saya suka makan orange... "

Setelah diikat rambut yang serabai itu...hehe~


tata~!







Tuesday, January 1, 2013

Kenangan : Zharif di taska

Assalamualaikum

Hari ni  1 Januari 2013. Bermula lah episod baru dalam hidup hero kecil kami Zharif. Hari ni di Terengganu, sekolah sudah memulakan sesi baru. Hari ini juga Zharif dah mula ke sekolah baru...

Ok, cerita sekolah baru kemudian...

Sekarang nak story tentang school lama Zharif. Semalam nak update takleh la pulak..internet slow ya hamat...

Sepanjang tahun 2012 Zharif kami hantar ke taska permata keluarga. Alhamdulillah perkembangan yang sangat positif dapat dilihat pada Zharif. Walaupun hanya setahun je dia di taska tu..tapi banyak kenangan manis dan moment2 happy Zharif di situ.

Seingat saya Zharif cuma menangis pada hari pertama je. Tu pun cikgu bagitau lepas kami tinggalkan dia dah stop menangis.  Hari kedua dia sedih sikit2 je..lepas tu sudah OK. Hari ketiga sampailah last day dia semalam..dia sangat2 hepi ke taska.

Sepanjang setahun dia di taska permata, banyak aktiviti yang dia join. Saya pernah cerita di SINI  Antaranya :

 
pertandingan mewarna

 senamrobik 


Oh..gambar masa pertandingan story telling tak jumpa pula...video ada...



harap boleh tengok >,< v


hafazan muqaddam peringkat negeri terengganu

dan yang terbaru....sebelum zharif tamat sesi dia di taska tersebut...mereka buat lawatan ke Noor Arfa Batik bersama2 ngan parents. Tapi masa tu ibu je yang join. Ayah ade kerja takleh join (-..-)' 

 
Parents kene join canting batik ngan anak2...

Ibu pilihkan batik gambo mickey untuk Zharif..huhu~



 peralatan..

batik ibu terap..kahkahkah..

 mula 'mewarna' batik..

 Zharif color sendiri...

 dah siap...tadaaaa!
adelah comot2 sikit..huhu~

 muka bosan ibu asek suruh pose !

hasil tangan Zharif (^^,)v

 sebab Zharif color 'comel' ibu kasi upah eskrem..hehehe ~!

 sebelum balik masa umumkan pemenang..
Alhamdulillah nombor Ibu terpilih untuk cabutan bertuah...dapatlah adiah kotak kecik tu..
Dalam nyer uncang batik..comel ;)

ni hadiah Zharif menang...
saguhati (>,^)/

 Sementara tunggu ayah datang ambil kami...

Wahhh...kemain lagi gaya jalan...


Dan terakhir sekali of course lah...Majlis Graduasi Zharif !

 Zharif naik ke pentas

 dimulakan dengan senamrobik dulu =)



kemudian persembahan nyanyian...

Sedap lagu2 yang Zharif and the gang nyanyi (^_^)



maaf kualiti kurang memuaskan..apsal ye bila dah transfer ke youtube jd buruk?? huhuhu..
tengok dlm hp dan pc cantik licin je gambo..
suka ati kamulah encik utube nak mendajalkan video saya..sobs..sobs..

And last but not least...

Sesi bergraduasi Zharif...

 naik ke atas pentas bila nama dipanggil...

 terima hadiah dan sijil..

 turun tangga pun ibu snap juge..hihihi...
dahla gegar2 gambar..dasar tangan tak bedung betul...

yeay ! saya dah grad !!

 ibu suruh stop jap..snap dulu ! kahkahkah...

 bersama 'yaya'

 ngan ibu plak..

"sijil saya"

bersama cikgu-cikgu dan kawan2..

Okay...kali ni kasi gambo betul2 konvo lah yer..


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

 tu diaaa...seriyes kemain muka...


kasi yang ceria sikit la..


ok...itu je..

Selamat tinggal taska permata keluarga...

Welcome new school !

Semoga Zharif mudah adapt dengan susana baru pula..

tata~!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...