Wednesday, August 29, 2012

Kisah Duka di Aidilfitri 1433H

Assalamualaikum w.b.t

Sementara kita masih di bulan Syawal nan mulia ni...sempat lagi lah nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada semua yang membaca coretan ini...terima kasih sebab sudi luangkan masa membaca entry2 di blog biasa-biasa-saje saya ni..

Sebelum saya kongsikan kisah suka ria kami sekeluarga berhari raya minggu lalu...saya nak kongsikan dulu kisah duka yang keluarga kami alami sewaktu Syawal baru diraikan beberapa hari...

Nenda tercinta pergi menghadap Ilahi (T__________T)

Tepat jam 6.40 petang 4 Syawal 1433H...nenek menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah makcik saya. Allah Maha Adil...perancangan Allah sesungguhnya perancangan terbaik buat hambanya..
Actually, pada minggu-minggu terakhir puasa, famili di Johor kerap sms dan telefon bagitau keadaan nenek sudah agak tenat. Waktu tu saya tak henti-henti berdoa semoga saya sempat berjumpa dengan nenek hari raya nanti.

Alhamdulillah..saya sempat berjumpa nenek pada hari terakhir berpuasa. Allah Maha Mendengar..doa saya dimakbulkan..dan mungkin juga waktu itu belum sampai ajal nenek untuk pergi meninggalkan kami. Sepanjang perjalanan pulang dari Terengganu ke Johor saya asik pikirkan nenek. Rasa lega sangat dapat jumpa nenek sehari sebelum raya tu..

Pada hari raya pertama dan kedua tak dapat jumpa nenek sebab kami pulang beraya di Melaka (nenek sebelah ayah pula). Setelah pulang dari Melaka...barulah kami melawat nenek pada raya keempat. Kami ke rumah makcik selepas zohor. Dan selepas Asar baru bertolak pulang untuk beraya di rumah saudara mara yang lain. Masa tu..kami taktau yang nenek akan pergi selamanya beberapa jam kemudian..yang kami perasan nenek tido je...sesekali menggerak gerakkan tangan tanda tak selesa. Kami hanya mampu urut2 kan saja. Selesai je hubby bacakan yassin dan kami perhati nenek dah tak gerak2 kan tangan tapi tido nyenyak je.. (dan masih bernafas). Kami tinggalkan nenek. Saya sempat cium dia untuk kali terakhir sewaktu hayatnya masih ada..

Maghrib tu ibu dapat panggilan bagitau nenek dah takde.. Sedih! Sedih ya amat ! Namun tetap redha. Nenek pergi dengan tenang...lama dah nenek sakit. Nenek pun dah berumur...89 tahun. Allah sayangkan nenek. Kami pergi menziarah selepas solat isyak.

Keesokkan pagi jam 10.00 selepas dimandi dan di solatkan nenek selamat bersemadi bersebelahan dengan kubur arwah suaminya (atok). Semoga nenek tenang di alam sana.. Ya Allah luaskan kubur nenek ! Ringankan azab kuburnya...

Sewaktu saya dan adik2 kecil nenek yang jaga kami sehinggalah saya sekolah menengah. Kemudian barulah nenek tinggal dengan makcik2 yang lain. Waktu tu ibu kami bekerja...so, nenek yang jaga. Besar jasa nenek pada kami. Tak pernah sekali saya lupakan...


 kenangan bersama arwah nenek sewaktu majlis perkahwinan saya
19/8/2007

saya rindu nenek... T____________T


Ya Allah kau ampunilah dosa-dosa nenek...
Lapangkan kuburnya..
Ringankan azab kuburnya...
Bahagiakan dia di alam sana...

Ameen..

* hari ni genap seminggu nenek pergi tinggalkan dunia...*



|| nota : Semoga kesihatan ibu saya juga baik. Harap2 nya tiada apa-apa lah... ||



1 nukilan anda:

wahida

Al fatihah utk arwah nenek..

semoga rohnya dibariskan bersama org2 yg beriman...amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...