Wednesday, March 7, 2012

Resepi : Bergedil ala Nugget

Assalammualaikum...
 
Sekarang nih kan..actually, start minggu ni...zaliqha agak kurang selera makan...

Kebiasaannya dia seorang yang pemakan..suka menjamah apa juga jenis makanan.

Tapi entah kenapa beberapa hari lalu..dia berubah terus..tak nak makan sangat..jamah makanan semulut 2 jek. Selebihnya dia akan luah balik..

Dan semestinya saya sebagai ibu..akan worry sick..ok. Yes, again..worry sick..

Hubby pula..selamba jek. Dia cakap takpe..asalkan dia jamah semulut dua jadilah..daripada tak makan langsung..kan dia banyak minum susu.

Yer..memang sejak zaliqha kurang selera makan nih dia sangat2 selera minum susu AJE. But for me, no...she still needs those extra nutrients from solid foods ! kan? kan? kan?

Teething ker? i dun think so..sebab sebelum sebelum ni..kalau dia nak tumbuh gigi..selera masih membuak buak..skang dah ada 6 batang gigi. 4 atas 2 bawah. Tak nampak lagi tanda2 akan tumbuh lagi.

So, jalan penyelesaian nya...saya ambil inisiatif cuba buat something new..kot kot la dia suka kan..

Saya buat bergedil yang ala ala nugget..

Resepi ni sebagai rujukan saya sendiri akan datang..kot kot nak buat lagi.

Teman-teman yang baca boleh juga cuba dan pelbagaikan ikut citarasa tekak masing-masing yer..


 
bahan-bahan :
daging ayam - cincang
bawang besar- cincang
daun sup
telur
tepung gandum
breadcrumbs
keju (optional)

 of course kene ada kentang la kan...
saya guna dalam 6 biji camtu (saiz sederhana)
rebus sampai lembut.

 lenyek kentang camni sampai lumat betul.
ketepikan.
kemudian tumis bawang sampai naik bau then masukkan pula ayam cincang.
masukkan sedikit saja air (nak bagi ayam masak)
ayam dah masak masukkan pula daun sup.
tutup api. angkat dan tuang dalam kentang lenyek tadi.
dalam keadaan masih panas2 tu juga.
gaul rata. masukkan keju utuk rasa lebih sedap lemak berkrim disukai ibu..eh..anak.
kepal2 bentukkan sesuka hati.

Last sekali, lumurkan dengan tepung gandum pastu celup dalam telur pastu baru bredcrumbs.

See..my assistant khusyuk membantu


 bila ibu panggil dia tekujat camni..
hehe...

dah siap proses di atas..kita susun cantik2 atas dulang untuk digoreng.


 hasilnya :

 eh...apsal henpon wat hal bila nak snap gambo produk dah siap ni?
(-,-)"


assistant tadi makan beriya...
"emm..sedap bu nugget wafiq wat"
fine..dia buat sorang je (t_t)y



Zaliqha? dia makan berapa ketul? 2 ketul saja...yer...rupa-rupanya dia tak berapa suka lah plak (T___T) sib baik zharif pandai amik hati ibu..ngeh ngeh ngeh...

Takpe-takpe...that was my first try. Oh..semalam ibu masak makaroni goreng berkeju..tak sangka pulak zaliqha sukaaaa...weeee...hepi sungguh..semangkuk habis zaliqha makan semalam. Too bad ibu tak snap sebab ingatkan dia tak suka..masak pun sebab nak try2 je..kot kot zaliqha makan sesudu dua jadilah..Zharif pun suka. Alhamdulillah..tak sia sia bersilat kat dapur malam2 (yela siang kerja..malam baru masak).


To nenek di JB boleh cuba buat yang ni pulak ekk?? hehehe...


tata ~



|| nota : hmm...malam ni nak masak apa pulak ye utk anak-anak? ||




2 nukilan anda:

Azi

nampak cam sedap...

::NureeN::

nmpk sedap la.. rangup kan.. :)
anak mmg ada time kan x nak mkn, kita yg susah ati :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...