Monday, January 16, 2012

Kongsi Ilmu : Tanggungjawab Suami Terhadap Keluarga

Assalamualaikum w.b.t

Mohon maaf kepada teman-teman yang saban hari duk jengah rumah maya saya ni tapi tidak berupdate...

Mohon maaf juga khas wat family di johor..ibu ayah adik2..sebab saya tahu mereka membaca laman ini *wink*  sayang korang!

Haaa...entry kali ni khas saya wat utk ditujukan kepada suami tercinta (sebab tadi dia call tanya "yang..bila nk update blog?hari-hari buka baca benda sama jek.. huhu " ) 

Oh..dan juga kepada para lelaki yang bergelar suami yer..hurmm..isteri2 boleh juga print pastu bagi kat suami suh baca..kalo dpt suami jenis rajin membaca Alhamdulillah..syabas !   *dah mula mengarut*

Ok..saya mula kan...

Al-Aswad bin Yazid berkata, aku bertanya kepada Aishah r.a, “Apakah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. di rumahnya? Aishah menjawab” Beliau membuat tugas keluarganya, iaitu membantu kerja keluarganya, maka apabila masuk waktu sembahyang beliau pun keluar untuk bersembahyang”.

Riwayat Al-Bukhari


Huraian:
  • Kaum lelaki digalakkan membantu dalam kerja-kerja rumah tangga di samping tidak mengabaikan ibadat dan peranannya di dalam masyarakat.
  • Contoh pemimpin yang baik ialah mereka yang dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga (rumah tangga) dan negara dengan baik dan sempurna.
  • Keluarga yang bahagia akan terhasil apabila suami dan isteri dapat melaksanakan tugas dan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab dan saling membantu dalam urusan harian tanpa mengabaikan kewajipan kepada Allah S.W.T. 




 [mengaji bersama anak-anak]
 
 
Alhamdulillah...
suami saya seorang yg ringan tulang...
rajin bantu wat kerja2 di rumah...
rajin tolong jaga anak..heee~
bab-bab kebersihan sangatlah dia utamakan..

So,saya memang patut bersyukur sangat pada Allah dikurniakan suami yang bertangungjawab...

Alhamdulillah...


|| nota : masih kepenatan..sepanjang 3 minggu ni tiap kali hujung minggu takde kat rumah. 1st week- balik jb. 2nd week- ikut hubby kursus kat kelantan. last week - saya berkurusus pula..sedang mencari momentum utk aktif mengupdate kembali..weee~! ||




0 nukilan anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...