Friday, November 18, 2011

Mya Zaliqha Wafaa is 1 today!




Alhamdulillah.... syukur ke hadrat Ilahi yang Maha Agung...

Hari ini tanggal 18 November 2011 jam 1.44 pagi..genaplah puteri kesayangan kami suami isteri berusia Setahun!

Biasalah kan..bila anak menginjak usia..pastinya para ibu akan kata " teringat saat2 melahirkan Zaliqha setahun yg lalu...pada hari raya Qurban pulak tu" memang betul-betul berkorban ibu sebab terpaksa cancel plan nak beraya di Dungun dan tengok org sembelih lembu..

Tup-tup petang raya tuh ibu kene admitted sebab bukaan sudah 2cm..ngehngehngeh..(tak rasa apa2 pun tapi dah dilate 2 cm? ish..) makanya sambut pagi raya Aidiladha nan syahdu di wad hospital..

Esok Zaliqha dah besar ibu nak cerita kat dia...huhu~ Agak2 dia akan kata ape?? hikhikhik.

Okla, di kesempatan berblog ni ibu nak wish puteri kesayangan kami-yang-becok-kuat makan-ni :

Selamat hari ulangtahun kelahiran yang pertama...
Ibu ayah doakan moga zaliqha membesar dengan sihat,cergas dan cerdas..dan menjadi anak solehah penjamin syurga ibu dan ayah kelak..
Doa kami moga Allah sentiasa memelihara dan melindungi mu dari sebarang malapetaka, bencana, kemalangan, penyakit mahupun hasad dengki manusia...di sepanjang hayatmu...


Ya Allah...

Kau lindungilah puteriku Mya Zaliqha Wafaa dari sebarang perkara yang tidak diingini sepanjang hayatnya..semoga sentiasa diberi rahmat dan redho-Mu dan diterangi hatinya oleh -Mu sepertimana hati para Rasul-Mu agar mudah dia menerima ilmu-Mu ya Rahman...semoga Zaliqha menjadi anak yang solehah dan beriman lagi bertaqwa kepada-Mu yang Allah... Ameen ya Rabb al-amin~



- birthday girl -
dah setahun saya...
*gigi tetap 2 batang*







|| nota : InsyaAllah akan adakan simple besday party for zaliqha since mase zharif setahun dulu kami buat..so, to be fair la kan..and her 1st besday bash akan dibuat sekali dgn zharif 3rd birthday sebab zharif punya besday lusa! sekali harunggg~ jimat! ||


2 nukilan anda:

NurulHayatiNordin

selamat hari lahir zaliqha dan juga kepada zharif. semoga membesar dengan bijak dan jadi anak yang soleh n solehah k :)

~aSHa~

masa dia 3bulan bulatnye pipi..rasa nak gigit je...

semoga menjadi anak yg solehah....dan menjadi kebanggaan ibu dan ayah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...