Sunday, May 15, 2011

Hati ini meronta-ronta...

Ecehh...tajuk kemain lagi..huhu~
Pe yg meronta-ronta sgt itu hati ye? haha!@~
Saya sgt2 teringin utk pergi MELANCONG sekarang ni..
Pernah jek saya wat entry mcm ni( nk pergi melancong) sebelum ni kan... baca di sini ye (-_-)
Tapi dari plan nk melancong jadi melencung pulak..huhu~
Tapi takpe masa tu tak jadi nak melancong sbb saya sedang mengandungkan zaliqha waktu itu..so, acceptale la kan *ayat penyedap seperti biasa*
Dan sekarang??? apekah alasannya? sbb saya dah kerja so payah cuti? anak kecil lagi? bajet blom cukup?? sekian..sekian..sekian..
Kekadang bila fikir semula..kalo asek beralasan mmg kompem sampai bebila takkan jadi kan..kan..kan??

Kenapa tetiba je rase nk melancong nih? Banyak alasannya~! Di antaranya:

  • sebab saya rase dah tepu bebeno pale otak ni..nak pi relax plak..santai2 ngn family. Keluar dari teganu ni. Last saya keluar dari teganu nih ialah pada hari raya aidilfitri tahun lepas (pulang ke jb). Bayangkan betapa bekurun nya saya tekempam di sini (t___t).
  • Lately, banyak plak trip yg dianjurkan oleh jabatan saya luar dari teganu ni..aritu ke langkawi (x ikut sbb arwah ayah sakit), sabah - coming soon (xleh join gak sbb lama sgt seminggu), latest iaitu selasa ini ke Bangkok - 5 Hari (xleh ikut juga sbb hubby tak bagi). Sedih tak? Takpelah berkorban utk keluarga (anak2). *ayat penyedap hati lagi*
  • Semalam sepupu dari johor datang sebab terlibat ngn sukanun. dia stay teganu ngn suami n FIL dia seminggu. Masa dia visit rumah semlm + lunch skali duk sakan la kami bercerita..byk tempat dia dah lawat lepas kawen..bla..bla..bla..(teruja mendengar lalu mata bersinar-sinar sambil brangan kalaulah aku pun boleh coti2 mesia cam dia..waahh~!)
  • 17 hb ni hubby akan ke Penang Khamis baru balik. Bestlah dia boleh bersuka ria, mencuci mata, beronggeng2, ber relax relaxan dan sbg nya.. ayat biasa didengar "alah, gi kerja..bukan boleh watpe pun" pigi daaahhh!~ macamlah kita ni budak kecik takde akal kan..kerjanya sehari jek..lagi 2 hari tu haruslah pergi menghiburkan diri betul x? kita gakkk duk terperuk di rumah (T___T) sabo jela..tsk~

 What to do...

okeylah..okeylah..next weeknya 24-26hb mei hubby bawa kami sekeluarga ikut dia 'kursus' di Awana Kijal. Bolehlah..daripada tak kemana mana langsung kan?? *walaupun masih di teganu juga* 

Gambar2 holiday kami yg masih selamat dlm simpanan saya (selalu akan hilang, ter delete, atau corrupt)

BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

 Masa nih baru jek kawen inai pun maseh merah..huhu~
ohh~ ini bukan honeymoon yer..
 harap maklum (^,~)/









 SURIA CHERATING BEACH RESORT





 || nota: Harap sgt2 family dari johor dpt dtg cuti sekolah nih..sgt2 rindu kat mereka!! huaarrggh~ ||


3 nukilan anda:

mummy_ayu

nak ke mana la tu?

Ummi Talhah

faa cdgkan p hadyai, makannya marbelossssss...

ibu MZW @ farah idayu

to mummy_ayu - tak kisahlah kemana jua..asalkan dpt melancong..merehatkan minda bersama anak2..hehe~

to Ummi Talhah - hadyai?? idea yg bagusss...akan usahakan uk ke sana ;) tq ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...