Thursday, April 7, 2011

Kembali ke rahmatullah

Assalamualaikum...

hmm...rasanya sudah lama juga saya tak update blog kan? yg sempat saya buat entry hanyalah entry cepat dan mudah (join contest). Sungguh saya tiada masa nak menaip apalagi memikir pe nak ditulis dlm entry tu. Actually, ade juga saya taip untuk entry baru..tapi separuh jln jek..lepas tu simpan kepam jd draft berminggu2..adehla~

Kenapa saya tiada masa lately? nak kata sibuk dgn kerja? iye juga..tapi kdg2 tu ade jugak curi2 masa update entry terbaru kan...tapi for the past few weeks saya x sempat nak update sebab byk sangat perkara yg berlaku dlm diari kehidupan "Our Happy Family"

Ayah mertua a.k.a Aki MZW meninggal dunia. 

Tanggal 4/4/2011 tepat jam 1.40am..ayah mertua saya [saya panggil ayah] menghembuskan nafas terakhirnya di wad ICU HSNZ disaksikan ibu mertua dan adik2 ipar. Actually saya ade tulis entry yg di kepam [draft] tentang ayah masuk wad. tapi as i mentioned earlier..tak sempat nak taip habis dan publish..sila lihat pic bawah..malas nak taip balik pe yg saya tulis masa tu..[takut sedeh pun ye juga (t__t) ] *double klik utk baca*

atau...adakah mungkin juga petanda yg Allah nak bagi pada saya..sebab yelah, everytime nak update blog cerita pasal ayah, mesti rasa cam malas jek..macam takpelah..nanti2 la..tunggu ayah sihat dululah..ntahla~ kebetulan belaka!

Ayah pergi dengan tenang..hampir 2 minggu dia kat hospital (CCU & ICU). Penuh badan dan muka dengan wayar dan tiub segala bagai..seksa je bila tgk dia mcm tu. SEDIH! Sepanjang 2 minggu tu juga la dia x mampu bercakap dah sebab mulut dah dimasukkan tiub untuk bantuan pernafasan dan kemudian di ICU pakai mask oxygen tu. 2  minggu jugalah hospital dah jadi rumah kedua kami. petang balik kerja mesti singgah hospital dulu lawat ayah..kemudian malam hubby akan pergi semula hospital utk lawat dan baca yasin ke ayah. biarlah kami penat sket asalkan ayah ok dan semakin baik [masa tu].

Selepas hampir 2 minggu (12 hari) kami jalani rutin yg sama..pada hari ahad tu bila hubby call adik ipar yg setia menanti ayah di hospital sepanjang ayah berada di sana...dia bgtau keadaan ayah mcm tak berapa ok pagi tu. degup jantungnya tinggi. pernafasan pun laju. Semalam (Sabtu) hubby ada bgtau ayah mcm dah ok sket..dia buka mata dan nampak siapa yg dtg lawat dia walaupun tak boleh bercakap. Mungkin betul kata org tua2..biasanya org yg nk pergi tinggalkan kita Allah akan bagi dia sihat semula sekejap mungkin utk bg peluang terakhir jumpa org2 yg disayangi sebelum pergi selamanya. Sabtu dia ok..ahad tu terus keadaan ayah kritikal..petng tu masa kami dtg melawat doc bgtau hubby keadaan ayah dah tenat. (T___T)

lepas isyak terus hubby bawa adik2 dan mak mertua ke hospital tgk ayah. berkampunglah mereka di sana mlm tuh. Around kol 12 camtu hubby balik umah semula. Dalam kol 1.30am muzaffar [adik hubby] call bgtau kedaan ayah makin teruk. Hubby cepat2 bangun bersiap nak ke hospital...then kol 1.45am tini [adik hubby] call pulak "abang, ayah dah takde" . ok, saya tersentap! jam 3.45am jenazah ayah sampai umah. suasana sedih menyelubungi seisi rumah..sedih..sangat sedih~

Arwah ayah selamat dikebumikan pagi isnin around kol 10 am camtu. terima kasih kepada yg sudi hadir menziarah. okla, takmo biar airmata ni jatuh...saya minta diri dulu. Wassalam~

Allahyarham Md. Ghani @ Abdul Rahman bin Aminah
d.o.b: 29/3/1949
d.o.d: 4/4/2011 @ 62 year-old
[kebetulan pula hari lahir arwah yg ke 62, arwah berada di hospital dan pergi beberapa hari slps itu]

AL-FATIHAH


|| nota : saya akan update cerita betapa rapatnya zharif dengan Aki dia ni selepas ini ||




10 nukilan anda:

CiK Jue aka ibu FarisYah

alfatihah buat arwah....

UmiDAnisH

sabarlah.. moga rohnya dicucuri rahmat.. al-fatihah

BabyIntan

Ya Allah sedihnya baca...

Innalillah......

Salam takziah buat ur hubby dan farah sekeluarga...insya'Allah arwah di tempatkan dlm golongan org2 yg beriman...amin.

EiJa ZaQuaN

al-fatihah & salam takziah..
moga arwah ayah mertua farah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..

[-suziey-]

takziah utk ur family..smga roh arwah tenang di sana dan ditempatkan dikalangan org beriman..

p/s: life jacket tu size C = RM10 jek..tp sy terkena kedai yg mahal..dia caj rm12..huhu..rezeki dia la..klu ank kecik amik size C..tgk tang ketiak dia..jgn besar sgt.sbb nnti dlm air life jacket tu ternaik..so klu ketiak dia luas nnti smpai kepala jaket tu..
p/s2: hotel tu time public holiday sama rate unless super peak season..surcahrge dia tinggi sket..super peak season tu klu public holiday plus cuti skolah..

bardboo

salam takziah...alfatihah buat arwah...semoga ditempatkan bersama org2 yg beriman..amin..


Jom Lawat: Blog Bardboo
Hadiah Menarik Untuk Yang Tersayang

ibu_Arifa

sedihnyer..tahziah dan alfatihah buat ayah mertua Farah.

Ummi Salsabila

al fatihah..Takziah buat Farah,husband dan keluarga

ibu MZW @ farah idayu

to all commentors : terima kasih yg tidak terhingga di atas ucapan takziah kalian ;)

mummiey

Farah...
Mintak maaf...terlalu sibuk smpaikan x tahu apa yg berlaku..
Salam takziah utk farah dan keluarga..

Al-Fatihah untuk arwah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...