Monday, January 17, 2011

Pe nak jawab bila anak tanya macam ni???

Hmmm...rasanya lama sungguh dah saya tak update cerita or milestone abg long a.k.a putera sulung saya tu.
Sekarang ni banyak betul perkembangan dia sehinggakan saya sendiri tak tekejar untuk ingat kesemuanya sekali. Mulut dia jangan cakaplah..sungguh kepoh sekali. haha~ bila bercakap mengalahkan org tua (>,#)

Okla, di antara dialog/perbualan saya dengan zharif yang akhirnya akan membuatkan saya terdiam seketika untuk berfikir dahulu sebelum menjawab..dan kadang2 memang saya langsung takleh nak jawab. contohnya :

Situasi 1

Ayah Zharif sedang solat..kemudian zharif datang lalu berdiri di hadapan ayahnya (atas sejadah).

Ibu : Wafiq, jangan diri depan ayah..ayah ngah solat tu. tak baik.
Zharif : Apiq nak solat gak
Ibu : Wafiq solat kat sebelah ayah la..jangan kat depan.   [sambil bentangkan sejadah lain disebelah ayah]
Zharif : Amo (takmo). nak solat sini gak.
Ibu : Tak boleh. Tak baik. Nanti Allah marah. 
Zharif : Mana Allah??

-------> Selalu juga soalan yang sama dia tanya saya dalam dlm situasi yg lain pula. dan yg mampu saya jawab " Allah ada tapi kita tak nampak "

>> Masalahnya dia tetap akan tanya balik " Mana Allah?" sebab tak yakin atau takleh terima jawapan saya tu. Macam mana ye? Apa jawapan lain yg leh puaskan ati dia???

Situasi 2

Ibu ajar Zharif ABC menggunakan buku kecil dia. Sambil tunjuk kat setiap huruf2 tu, ibu sebut la skali gambar pe mewakili huruf tersebut. yang selalu jadi perdebatan antara kami bila :

Ibu : V, violin
Zharif : bukan..bukan..jita (gitar), bu.
Ibu : bukan..violin la sayang.
Zharif : jita...bu. Ibu, jita..kan?
Ibu : bukan..ni violin sebab ade stick dia ni [sambil tunjuk pada kayu penggesek violin tu]
Zharif : bukannn~ jita... [menjerit]

-------> Akhirnya saya terpaksa mengalah dengan menjawab " yela..yela gitar". Walaupun saya tahu tak patut jawab mcm tu seolah2 kita membenarkan apa yg salah pula kan (-.-).

>> tapi saya 'terpaksa' sebab kalau saya tetap berkeras dgn jawapan saya tu, dia pasti akan menangis sekuat2 nya pastu terus tutup buku dan takmo belajar lagi dah. Macam mana nak pujuk supaya dia leh terima yang jawapan dia salah dan jawapan saya yg betul???

Situasi 3

Ayah pujuk Zharif untuk mandi. Tapi dia taknak mandi lagi sebab tengah syok bermain. tapi hari dah lewat petang. So, terpaksa gak pujuk dia untuk mandi.

Ayah : Wafiq..jom mandi.
Zharif : Mandi dah.
Ayah : Bila wafiq mandi?
Zharif : Mandi ngan tok ummi.
Ayah : Takla..wafiq lom mandi lagi. Jom mandi ngan ayah. Kita brush teeth skali nak?
Zharif : Amo. Nak gi kat ayah teh  [maksudnya dia tanak mandi dan nak keluar pergi main ngan ayah teh dia]
Ayah : Mandi dulu. Pas mandi baru gi kat ayah teh.
Zharif : Aaaammoo..~ [nak nangis]
Ayah : Kalau wafiq mandi ESOK kita gi giant eh.
Zharif : oceh (ok). ya, ji giant ya [ayah, gi giant ayah]
Ayah : Esok k. Ni dah petang. Kita pergi esok pagi.
Zharif : Nak ji giant ya...nak ji giant~ yaya, nk ji giant! [sambil menangis2]

------> Zharif akan paksa supaya kehendaknya dituruti masa tu juga walhal kami dah sebut 'pergi esok'. tapi mungkin dia masih belum faham maksud esok tu kot atau saja buat2 tak paham. Kami terpaksa pujuk walau macam mana cara sekalipun untuk redakan dia. mujur dia mudah dipujuk [selepas nangis beriya la].

>>  Sebenarnya zharif tak boleh diberitahu awal2 tentang satu2 perkara tu. Kalo besok nak pergi kene bgtau dia esok juga. at least sejam dua sebelum pergi. Kalo tak sure dia paksa pegi time tu juga. So, mcam mana nak ajar dia :
1. cakap benar [rujuk dialog bila dia jawab " mandi dah" pdhal dia blom mandi]. Saya tak tuduh dia menipu. mungkin dia ingat mandi awal pagi [pagi2 mmg tok ummi yg mandikan] atau dia saja sebut "mandi dah" sebab biasa dengar ayat tu disebut oleh org lain.
2. tidak terlalu memaksa untuk penuhi hajat dia. Kalau benda remeh2 saya tak kisah. tapi cuba bayangkan kalo di rumah org, zharif akan ckp ulang2 " ayah, nak balik yah". dia akan paksa kita untuk balik sambil nangis2. adehla~


 sangat sayangkan adik dia...


|| nota : sangat excited melihat perkembangan anak2. Plan nak hantar zharif ke tadika supaya dia leh bergaul dan tak terlalu dependent pada kami. OK ke antar sekarang sbb dia baru 2 tahun 2 bulan? ||



2 nukilan anda:

ann @ hatiberbunga

farah.. situasi Zharif lebih kurang je cam Asyraf. memang standard kot budak2 umo 2 thn lebih akan bertindak @ berperangai cam tu... ntah!

MiJa

ha,sama la..nk ajak mandi mmg mcm nk berperang.tp kalo ngn atok dia,senang jer..huhu
mmg nk kna ikut ckp dia je!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...