Thursday, January 13, 2011

Insiden pagi ini..

0500hrs - uwekkk!! uwekk! zaliqha bangun nak nenen. sambil gosok2 mata bangun lalu bersandar kat dinding. Menyusu. Pas nyusu, letak zaliqha semula kat tilam. Uwekk! tu tandanya dia lom puas nyusu. kali ni tak larat dah nak duduk..so, nyusu sambil baring.

0530hrs - masih lagi menyusu sambil baring. tittt~...titt~..titt~..alarm berbunyi. dalam hati berkata "hmm..masih awal lagi. azan subuh pun lom lagik. pas nyusu ni baru bangun la.." KETIDURAN SEMULA!

0630hrs - "yang..bangun yang. dah kol 6 setgh. lewat dah ni." hubby kejut. masih dlm keadaan mamai2 lagi. "ye ke dah kol 6.30? by tipu la. td baru je pas nyusu wafaa kol 5.30am. jap je rase terlelap. mesti baru kol 6 kot" hatiku berkata kata sendirian. capai tuala terus ke bilik mandi. sempat jeling kat jam di dinding dapur 6.35 am ! MasyaAllah..memang dh lewat ni.

0645hrs - solat dulu. pastu kelam kabut bersiap. hari ini cuma sempat berbedak nipis je.

0700hrs - kruukk~ krukk~ krukk~ perut berbunyi sakan. adehh! tetiba memulas sikit. masih mampu ditahan. rElax dulu. kemas bilik & tempat tido. basuh segala bekas2 dan botol anak2 [walaupun mlm td dh dibasuh.saya mmg suka basuh byk kali..bazir air je kan..hehe] setelkan hal anak2 dulu.

0710hrs - tuangkan air milo utk hubby minum sebelum bertolak. gggrreekk~ krrukkk~ wahh..makin kencang pula perut ni. duduk jap kat meja mkn sambil menahan diri dari ter-----! muka sudah berkerut2. "sakit perut ke?" hubby tanya. "takpe, leh tahan lagi" jawab nak sedapkan ati dia. DAH LEWAT NI!




0720hrs - masuk kereta. dlm kereta "adehh..sakit tul perut ni. memulas2 rasa" saya cakap. "dah, kalo camtu gi la be--- dulu" hubby balas. "takpela, dah lewat ni" saya cakap balik. Bertolak.

0730hrs - "aduhh..orang dah lewat ni ade je kereta2 yg makan angin pagi2 ni" hubby. saya masih berdiam diri di sebelah dan masih menahan selagi terdaya (@_%). selang beberapa minit tu..perut sudah mulai reda. fuhh..lega. ok, skang baru start borak2 ngan hubby cam biasa dlm keta.

0750hrs - sampai di pintu masuk tempat kami bekerja. zzooomm...terus ke ofis saya dulu. hubby drop saya dulu kemudian baru ke ofis dia. "punch kan skali eh" ayat biasa tiap pagi sebelum saya keluar kereta. eh..lupa. Salam hubby. duusshh..pintu kereta ditutup. kecekk..kecekk..kecekk..jln cepat2 masuk dlm ofis. sib baik bilik saya dekat je ngan pintu masuk.

0751hrs - Dr. Amir menunggu di depan pintu bilik nya yg sememangnya berhadapan dgn bilik saya. " Farah, ada kunci bilik saya x? saya lupa letak mana kunci saya. mungkin tertinggal di rumah. malas nak balik amik" . " jap ek Dr. saya amik " sshhreekk..pintu bilik dibuka. cepat2 'on' kan pc. sambil tggu pc starting. amik kunci bilik dr. amir dulu. serahkan.

0753hrs - cepat2 klik mozilla firefox. masuk intranet. log-in. klik "log masuk kerja"..klik.. 'log masuk kerja anda 07:54:25 hrs telah berjaya direkod' [betul ke ayat ni..tak ingat dah pe dia tulis..lebih kurang la ayat dia cenggini =p] logout. log in hubby nye plak. klik...'log masuk kerja anda 07:55:45 hrs telah berjaya direkod'. Fuhh...sib baik tak merah. okla tu kan..ade lagi 5 minit sebelum jadi merah. huhu~

0805hrs - gi cek kat pigeon hole. masuk office am jap tgk kot2 ade document utk saya. Tiada. balik bilik semula.pasang lagu nasyid sat pepagi ni. tiba2..kreekk..krukk..oh no! dia dtg balik la..

0810hrs - capai kunci bilik dan sabun. buka pintu. opocot! [dlm hati] dr. amir tercegat dpn pintu bilik saya. "ha..farah, malam ni ada dinner kat BB seafood garden sempena kita menang pertandingan perniagaan malaysia dan bsn inter-varsity social venture challenge. so, minta tolong confirm balik ngan 2 orang ni. kalo 2 org ni takleh hadir. cari lagi 2 org " sambil serah kertas di tangan. " saya nak balik jap..sekejap je. umah saya blakang ni je" saya angguk. 'nak amik kunci bilik dia kot yg tertinggal tu' hati berkata2. terus tak jadi dah nak ke toilet tauu..sob..sob..

0830hrs - cik zuraidah masuk sambil bawa nota yg agak banyak. " farah, ni kunci dr. amir tertinggal di meja saya semalam " terkejut. "hmm..ok" amik kunci yg segumpal tu. letak depan pc.

1000hrs - sampai sudah..terus tak jadi nak 'melabur'. kesian perutku ini. banyak sungguh halangan. last2 wat air horlick secawan..makan ngan biskut jam. layan lagu saff-one. okeh..sambung wat keje. oohh..update sket blog ni..hehe *peace*




moral of the story : keluar awal ke tempat kerja walaupun macam susah je..huhu~ dan kepada dr. amir --> kunci anda ada pada saya~

|| nota : anak2 ibu dah bangun lom ye..dah mandi?? iskk..rindu sama kalian||


3 nukilan anda:

e.l.i.z.@

slh 1 sebab sy x suka BF anak :P
teruk kan sy ni..hanya pk nk tdo je ekekkeke

Ummi Salsabila

Suspen baca tapi seronok ;) huhu.
Ibu berkerjaya mmg pantaslah.
Saya kena belajar urus masa lg.masa byk tp tak pndai manage ;)

ibu MZW @ farah idayu

kak eli : takpe2 saya paham ;) ecehh~

Ummi salsabila : jom kita sama2 bljr manage time..hehe~ slalu jek kelam kabut..adehhla..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...