Saturday, June 12, 2010

KAD NIKAH..Akhirnya! Siap jugak~

Setelah berbulan bulan kami tunggu, akhirnya siap jugak Kad Perakuan Nikah (KPN) yg pernah saya ceritakan (di sini) masa kami pergi buat bulan 12 aritu.

Masa buat aritu, pegawai kat kaunter Pejabat Agama Johor tu cakap biasanya dlm masa 3 bulan dh siap. Kiranya 3 bulan tu tempoh paling lambat la dia akan siapkan kad tu. Akan tetapi, tu semua bohong belaka..sebabnya, sehari sebelum kami pi amik kad tu baru terima surat. Bermakna..6 bulan sebenarnya ok! Bukan 3 bulan seperti yg dikatakan. Tu pun dah 3-4 kali jugakla saya call Pejabat Agama tu tanya samada kad kami tu dah siap blom. Mula2 jawapannya BELUM. Kali kedua dan ketiga " Kad utk bln 11 baru smpai..bln 12 nye blom lagi sbb kami antar Putrajaya utk wat kad tu. Mungkin kat sana ade masalah. Tu yg lama tu."  Kali keempat "Akak tunggu je surat dari kami. Kalo dh smpai surat maknenye kad tu dah siapla.."  bila ditanya apsal lama sgt sbb janji 3 bulan je..jawapannya "saya pun kurang pasti kenapa".

 Saya bukanlah tak sabar sgt nak amik kad tu. Tapi memandangkan kebetulan saya balik ke Johor, so..bolehla pegi amik sekali kan. Saya bukan tinggal kat Johor, kalo tinggal di Johor mungkin saya tak kisah sgt pon bila dia nak siap sebab senang je nak gi amik. Ni jauh nun di Terengganu..dahla dia bagi tempoh sebulan je utk amik kad tu setelah surat dikirim. Bayangkan kalo time surat tu sampai saya dah pun balik ke Terengganu..macamana? Takkan nak balik semula~

Tapi mungkin rezeki saya or Allah permudahkan urusan kami, kebetulan pulak masa saya ada di Johor surat tu sampai [wlpn 6 bln menunggu] dan masa tu jugak ayah zharif dtg jenguk kami. Alhamdulillah..

So, pergi amik kad tu ngan ayah (^^,)/ Masa pergi tu hujan bukan main lebat lagi..hampir2 tak nmpak jln. Sampai di Kompleks Islam Johor (nama lama..nama baru x ingat pe) hujan masih turun. Maka berpayung bagai la kami anak beranak.

Naik tingkat 2, kemudian tekan mesin no. giliran tu. No kami 0333. Kat skrin skang 0331. Dlm hati, tak lama dah. Akan tetapi, yg menjadi ketidak puasan hati saya ialah...setelah hampir setengah jam menunggu, masih tak dipanggil no ku! Padahal nak amik kad je bukan nak register kahwin or serah borang nak kawen watsoever!!! Zharif dah mula kebosanan.. Kaunter buka 3 je daripada 7 kaunter yg ada! Yang paling menyakitkan hati ialah..brother yg no 0335 [mungkin dia pun bengkak juga sebab kena tunggu lama sgt] terus meluru ke kaunter pastu 2-3 minit lepas tu dpt dia punya Kad Nikah tu..then dia blah..balik~  Saya yg sudah membara ni pun terus la meluru ke kaunter juga lepas brother tu blah..bgtau yg saya nak amik Kad Perakuan Nikah tu. Perempuan di kaunter minta surat [yg dikirim ke rumah tu]. Seperti lelaki tadi, 2-3 minit pastu saya dpt kad saya!

Wah~ proses yg sepatutnya tak smpai setengah jam jadi lebih sejam disebabkan....[korang leh phm sendiri kan] Info lain yg patut korang tau, kaunter yg saya meluru tu untuk amik kad bukanlah kaunter utk amik kad nikah tu. Saya sendiri pun x phm macam mana kakitangan Pejabat agama tu bekerja...seolah2 sgt2 tidak profesional. Orang yg no. gilirannya kemudian leh senang2 potong Q, kalo mcm tu baik tak payah letak mesin no. giliran tu! Pulak tu..kaunter utk urusan lain..leh pulak wat urusan lain juga! Hadoiiiii!!!! Patutlah orang awam selalu komplen pasal sistem dan kualiti kerja kakitangan awam [bukan semua, tapi majoriti].

Okla, untuk meredakan 'kepanasan' di hati ni..baik saya cerita pasal anak pulak. Setelah setel urusan di pejabat tu. Masa turun lif, ayah dukung zharif. Ayah cakap macam ade bau kentut gitu. Saya fikir mungkin orang lain yg ada sama dlm lif tu. Tup2 masa dlm kereta baru saya tau rupa2 nya zharif sudah buat KOLE! Time tu hujan masih turun..takkan nak stop kat pump station semata2 utk cuci berak zharif. Dahla hujan kan..so, decided balik je umah terus. Dlm kereta..zharif mula buat hal..nangis + ngamuk. Puas ibu memujuk..akhirnya terlena dia..

Oh ya, sebelum sampai rumah, sempat pula ayah melencong lencong cari goreng pisang. Katanya 'sedap makan goreng pisang panas2 hujan2 mcm ni'.


Masa balik.
Tertidur pas puas nangis + ngamuk. Tak selesa mungkin sebab dia berak~
Ni masa dia baru je terlena.



Kad Perakuan Nikah
-gambaran hadapan-


-gambaran bahagian belakang-
maklumat peribadi mengenai kita dan pasangan

info : Harga kad RM30 utk sepasang (2 kad)
satu lagi kad ada pada ayah.



|| nota: lega sgt kad nikah ni dah siap sebab senang kalau kami nak pi bercuti kemana mana. tak payah bawa sijil nikah yg gedabak (besar) tu. ||


1 nukilan anda:

Ayah Zharif

Ayah keje kerajaan gak Bu...tp ayah ok kan...huhu...rasenye ade satu tempat lencongan ag yg ibu lupe nk bgtau...ke klinik mengandung specialist tuh...huhu...penat ayah dibuat MZW..fuh...dgn bau busuk die ag...hahaha...sib baik ayah leh sabar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...