Sunday, June 20, 2010

Happy Ayah's Day!


 Kalau tak silap saya, hari ini adalah Hari Bapa kan?  

Oleh itu dikesempatan ini saya nak wish Happy AYAH's Day khas utk beberapa insan yang sememangnya bergelar AYAH dalam hidup saya..ops! dan juga MZW..hehe~


Suamiku a.k.a AYAH Zharif

Oleh kerana Zharif masih belum pandai cakap dgn jelas, so, dia pass baton kat ibu utk wakilkan dia. Aci kan ayah? hehe. Zharif panggil ayah dia 'yaya' [panggilan manje gitu]. Sempena Father's Day ni..ibu & Zharif nak wish Happy Father's Day kat yaya..thanx so much sebab jadi ayah yg "terbaik sekali" utk Zharif. Macih sgt2 sebab sanggup berjaga malam sama2 ngan ibu utk jaga zharif, tolong mandikan zharif, cuci 'poo poo' dia bila dia 'uk uk, suap zharif makan time dinner [sebab lunch ibu yg suap..huhu], pujuk zharif bila dia nangis or ngamuk, sabar layan karenah zharif bila dia mula meragam especially time ibu bz shopping (^,^)/  waktu malam yaya yg slalu bacakan doa dan surah2 kat zharif sebelum tido dan kadang2 bila ibu tak larat yaya yg tidokan zharif, yaya jugak selalu tukarkan pampers zharif sebelum tido. Weekend, ayah take over the whole day jaga zharif..kasi chance kat ibu rehat pulak. hehe. Banyak lagi lah yg ayah buat utk zharif..terima kasih yg tak terhingga! U R The most Fabulous DAD! to yaya, zharif says :





Ayahku a.k.a Atuk Zharif

Untuk ayah, terima kasih kerana membesarkan ayu dengan sempurna dan penuh kasih sayang. Segala kemahuan ayu ayah turutkan [sangat2 tak berkira okay!] Semoga ayah sentiasa dimurahkan lagi rezeki, sentiasa awet muda..hehe~bertambah bahagia dengan kehadiran cucu. Ayah jaga dan besarkan kami adik beradik dengan segala kesempurnaan. Sabar dengan segala ujian yg melanda..ayah insan paling 'teguh', 'tegar' dan pelindung kami saat kami memerlukan. U r my greatest hero! Happy father's day, ayah. Atuk yg sangat memanjakan cucunya [zharif]..segala kemahuan + keperluan zharif ditunaikan tanpa perlu berfikir 2 kali. Macih atuk!

Ayah Mertuaku a.k.a Aki Zharif

Seorang yang memang takleh duk diam..hehe. Kalau tak keluar bekerja, pasti ada saja keje yang dia sendiri hasilkan kat umah tu. Mula2 pagar, tangki, parking space, rak dapur dan byk lagi la. Seorang yg sangat mahir dalam seni tukang menukang or keje2 orang lelaki ni! Bayangkan dlm usia 60an masih mampu membancuh simen sendiri + buat pagar batu umah tu seorang diri ok! Kagum betul. Farah doakan semoga ayah sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik, murah rezeki dan ceria2 sokmo~ Aki zharif rajin bawa zharif jln2 naik motor. Selamat Hari Bapa!


And to all the fathers out there..HAPPY FATHER'S DAY!



2 nukilan anda:

Ayah Zharif

Terima kasih byk2 kat Ibu n MZW...xde la besar sgt pengorbanan ayah..cume ayah cube jd ayah yg terbaik je untuk anak2 ayah...dan suami yg penyayang kpd ibu..ayah doakan semoga keluarga kita sentiasa dilindungi Allah dan mendapat rahmat dan kebahagian yang berkekalan dunia dan akhirat...Amin...

ibu MZW @ farah idayu

Ayah zharif - U're welcome ;) Amin..semoga doa ayah dimakbulkan. Ayah sememangnya ayah terbaik utk2 anak2..and suami yg penyayang lagi caring untukku..cewahh~ hehe =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...