Wednesday, June 23, 2010

Wahh!! Banyaknya mainan dia..

Actually, saya tengah menceriakan mood sbbnya tinggal lagi 2 hari je lagi untuk kami stay di JB ni..hari sabtu InsyaAllah akan kembali semula ke Terengganu (t_t) naik bas okay~ adoiyaii...

Kebetulan pula [kuasa Allah sebenarnya] hari ini hujan turun dgn sgt lebatnya sepanjang hari [even skang ngah guruh2 ku tetap sebok berblog ;p ] macam tau2 je perasaan saya...ecehh~

Walaubagaimanapun bila memikirkan yg suamiku a.k.a ayah Zharif akan sampai esok pagi..barulah rasa happy sikit (^_^)/

Okla, lupakan pasal tu, saya nk cerita tentang mainan2 baru yg zharif dpt dari atuknya. Sepanjang berada di Johor ni bermacam2 benda yg atuk belikan untuk cucu kesayangan dia sorang ni. Baik dari segi mainan, pakaian, makanan dll lagi la.. Zharif sgt2 dimanjakan bila berada di JB ni..huhu~

Di antara mainan2 yg atuk belikan untuk zharif sepanjang sebulan di JB ni :


kereta mainan remote control




 helicopter remote control [besar]

 helicopter remote control [kecil]


 motor mainan berkuasa bateri
ibu lupa plak nak amik gmbar motor je =p
bear pooh tu angah zharif punya
zharif pnjam konon2 nak bw pi jln2 (^,<)

ni baru bgn tido. terus meluru ke motor dia.
siap leh posing ala-ala model lagi u (>,<)v


 ni masa baru dpt kereta mainan tu.
belum buka kotak lagi, dia dh testing dulu.

 setelah kotak dibuka...
dialah yg conquer sorang.
orang lain takleh pegang..
bukan dia pandai pun guna remote tu..main tekan2 je. 
Balik2 dia akan tekan butang demo tu jek =p


|| nota : rasa sgt happy sebab esok suamiku tiba..tp at the same time rasa agak sedih juga sbb dh nk balik ganu..huhu..cam x puas lagi la..ekk~ takpelah, nanti raya balik lagi (n_n)m ||



Monday, June 21, 2010

Season 3 - Cute Baby With TOY Contest





 Saya sangat2 teruja bila melihat hadiah2 yg ditawarkan. Lalu rasa bersemangat nak join. hehe..

Contest ini dianjurkan oleh Suziey dan Momguess. Penaja utama pulak AiveeEMart

Oleh itu, gambar yg dipertaruhkan ialah :


 Nama anak : Muhammad Zharif Wafiq
Umur : 1 tahun 7 bulan


Contest ends 15 July 2010


Oh ya, syarat wajib terakhir ialah : GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM


|| nota : gambar agak blur sbb snap guna hp je..and kebetulan plak ngah wat entry pasal toys terbaru zharif for next entry. tetiba jumpe pasal contest ni. so, wat n3 contest dlu ;) ||




Sunday, June 20, 2010

Happy Ayah's Day!


 Kalau tak silap saya, hari ini adalah Hari Bapa kan?  

Oleh itu dikesempatan ini saya nak wish Happy AYAH's Day khas utk beberapa insan yang sememangnya bergelar AYAH dalam hidup saya..ops! dan juga MZW..hehe~


Suamiku a.k.a AYAH Zharif

Oleh kerana Zharif masih belum pandai cakap dgn jelas, so, dia pass baton kat ibu utk wakilkan dia. Aci kan ayah? hehe. Zharif panggil ayah dia 'yaya' [panggilan manje gitu]. Sempena Father's Day ni..ibu & Zharif nak wish Happy Father's Day kat yaya..thanx so much sebab jadi ayah yg "terbaik sekali" utk Zharif. Macih sgt2 sebab sanggup berjaga malam sama2 ngan ibu utk jaga zharif, tolong mandikan zharif, cuci 'poo poo' dia bila dia 'uk uk, suap zharif makan time dinner [sebab lunch ibu yg suap..huhu], pujuk zharif bila dia nangis or ngamuk, sabar layan karenah zharif bila dia mula meragam especially time ibu bz shopping (^,^)/  waktu malam yaya yg slalu bacakan doa dan surah2 kat zharif sebelum tido dan kadang2 bila ibu tak larat yaya yg tidokan zharif, yaya jugak selalu tukarkan pampers zharif sebelum tido. Weekend, ayah take over the whole day jaga zharif..kasi chance kat ibu rehat pulak. hehe. Banyak lagi lah yg ayah buat utk zharif..terima kasih yg tak terhingga! U R The most Fabulous DAD! to yaya, zharif says :





Ayahku a.k.a Atuk Zharif

Untuk ayah, terima kasih kerana membesarkan ayu dengan sempurna dan penuh kasih sayang. Segala kemahuan ayu ayah turutkan [sangat2 tak berkira okay!] Semoga ayah sentiasa dimurahkan lagi rezeki, sentiasa awet muda..hehe~bertambah bahagia dengan kehadiran cucu. Ayah jaga dan besarkan kami adik beradik dengan segala kesempurnaan. Sabar dengan segala ujian yg melanda..ayah insan paling 'teguh', 'tegar' dan pelindung kami saat kami memerlukan. U r my greatest hero! Happy father's day, ayah. Atuk yg sangat memanjakan cucunya [zharif]..segala kemahuan + keperluan zharif ditunaikan tanpa perlu berfikir 2 kali. Macih atuk!

Ayah Mertuaku a.k.a Aki Zharif

Seorang yang memang takleh duk diam..hehe. Kalau tak keluar bekerja, pasti ada saja keje yang dia sendiri hasilkan kat umah tu. Mula2 pagar, tangki, parking space, rak dapur dan byk lagi la. Seorang yg sangat mahir dalam seni tukang menukang or keje2 orang lelaki ni! Bayangkan dlm usia 60an masih mampu membancuh simen sendiri + buat pagar batu umah tu seorang diri ok! Kagum betul. Farah doakan semoga ayah sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik, murah rezeki dan ceria2 sokmo~ Aki zharif rajin bawa zharif jln2 naik motor. Selamat Hari Bapa!


And to all the fathers out there..HAPPY FATHER'S DAY!



Tuesday, June 15, 2010

Mengandung lagi..



 Alhamdulillah..syukur pada Allah kerana saya disahkan hamil sekali lagi (^_^)v

Mungkin ada yg sudah tahu..dan kebanyakan nya belum tahu lagi..hehe~ Sebenarnya, kalau diikutkan hati saya, belum mahu or malas nak hebohkan lagi. Since kandungan masih di peringkat awalan (1st trimester). Mungkin kerana saya pernah ada pengalaman keguguran sebelum mengandungkan zharif (walaupun masa tu saya juga tak hebohkan pada sesiapa tentang kehamilan saya kecuali family saja). Takpelah,belum rezeki kami lagi waktu itu..mungkin juga sebab kami baru saja berkahwin dan saya juga waktu itu belum bersedia dari segi mental & fizikal. Eh, tapi selepas miscarriage tu..sebulan je rehat..tup2 pregnant lagi..so, dapatlah zharif. Alhamdulillah =)

Ops! melalut sudah..Okla, disebabkan Ayah Zharif sudah membocorkan rahsia ini di hampir setiap commentnya..huhu~ So, terpaksalah ibu zharif buat pengesahan *wink2*

Kini kandungan saya masih baru [seperti yg di mention tadi] lebih kurang 3 bulan lebih. Saya tak berani nak tulis exact age sebab saya sendiri tak pasti. Kenapa tak pasti? Sebab EDD saya berubah2. Setakat ini sudah 2kali diubah oleh doktor [melalui scan] kerana menses saya tidak tetap/teratur ditambah saya masih menyusu badan. Makanya, EDD takleh ikut last period.  

Alahan or Morning sickness - Setakat ni alhamdulillah..tak seteruk masa zharif dulu. Walaupun masa zharif dulu tidaklah teruk mana pun [tak muntah2 pun just takleh bau-bauan je]. Cuma kali ini lemah tubuh je..selalu tak larat. Mungkin sebab masih nyusu badan. Selera mkn pun ikut mood je. Tapi leh mkn ayam, ikan dll. Masa zharif , hanya DAGING! Ayam ikan mmg takleh telan..even ayah zharif pernah try nk tipu konon2 daging yg tak berapa rupa ikan tu daging lembu. Tp bila masuk jek tekak..dia kuar sendiri balik. Cuma skang tak berapa suka seafood. 

Strechmark - Oho! masa zharif 5 bulan baru perasan ada sikit2. Kali ini, dah rasa gatal2 kt bhgn bwh perut. Pastu smlm baru perasan ada sikit2 tanda2 tu..aduhai~ Ayah zharif, jom cari BIO OIL!


Walau apapun pengalamannya [seperti para ibu sekalian sendiri alami] saya anggap satu kenangan dan nikmat yg Allah bg utk insan yg bergelar ibu. Ayah mana dpt rasa ada benda gerak2 dlm perut..jap menendang..jap berpusing2..dll. Allahuakbar! Besar sungguh kuasa Allah (^,")/

Dan paling utama ialah, saya masih meneruskan penyusuan susu ibu kepada anakanda tersayang walaupun mengandung. Puas juga mencari info ttg itu di internet selain bertanya pada doktor. 2 org doktor [wanita] saya tanya..kedua2 bgtau takpe menyusu masa mengandung. Cuma kuantitinya sudah berkurang. Masalah saya hanya misi2 di klinik kesihatan yg mana saya kene wat check up setiap bulan tu. Pasti saya dimarahi setiap kali wat monthly checkup sebab bila ditanya dah stop bf lom..saya jwb blom. Mereka 'bising' cakap nanti anak dlm perut tak cukup zat sebab abg nya dah amik semua zat2 dia, nanti ada kesan pda anak dlm perut kalo terus menyusu..dll lah. Pening kepala saya~ doktor sendiri ckp tak apa. tapi misi2 ni ckp tak boleh pulak..hmm! 





|| nota: Nampak gayanya planning kami nk ber'honeymoon' lagi terpaksa ditunda la..huhu. tu yg dok ngidam nk gi melancong jek..||


Saturday, June 12, 2010

KAD NIKAH..Akhirnya! Siap jugak~

Setelah berbulan bulan kami tunggu, akhirnya siap jugak Kad Perakuan Nikah (KPN) yg pernah saya ceritakan (di sini) masa kami pergi buat bulan 12 aritu.

Masa buat aritu, pegawai kat kaunter Pejabat Agama Johor tu cakap biasanya dlm masa 3 bulan dh siap. Kiranya 3 bulan tu tempoh paling lambat la dia akan siapkan kad tu. Akan tetapi, tu semua bohong belaka..sebabnya, sehari sebelum kami pi amik kad tu baru terima surat. Bermakna..6 bulan sebenarnya ok! Bukan 3 bulan seperti yg dikatakan. Tu pun dah 3-4 kali jugakla saya call Pejabat Agama tu tanya samada kad kami tu dah siap blom. Mula2 jawapannya BELUM. Kali kedua dan ketiga " Kad utk bln 11 baru smpai..bln 12 nye blom lagi sbb kami antar Putrajaya utk wat kad tu. Mungkin kat sana ade masalah. Tu yg lama tu."  Kali keempat "Akak tunggu je surat dari kami. Kalo dh smpai surat maknenye kad tu dah siapla.."  bila ditanya apsal lama sgt sbb janji 3 bulan je..jawapannya "saya pun kurang pasti kenapa".

 Saya bukanlah tak sabar sgt nak amik kad tu. Tapi memandangkan kebetulan saya balik ke Johor, so..bolehla pegi amik sekali kan. Saya bukan tinggal kat Johor, kalo tinggal di Johor mungkin saya tak kisah sgt pon bila dia nak siap sebab senang je nak gi amik. Ni jauh nun di Terengganu..dahla dia bagi tempoh sebulan je utk amik kad tu setelah surat dikirim. Bayangkan kalo time surat tu sampai saya dah pun balik ke Terengganu..macamana? Takkan nak balik semula~

Tapi mungkin rezeki saya or Allah permudahkan urusan kami, kebetulan pulak masa saya ada di Johor surat tu sampai [wlpn 6 bln menunggu] dan masa tu jugak ayah zharif dtg jenguk kami. Alhamdulillah..

So, pergi amik kad tu ngan ayah (^^,)/ Masa pergi tu hujan bukan main lebat lagi..hampir2 tak nmpak jln. Sampai di Kompleks Islam Johor (nama lama..nama baru x ingat pe) hujan masih turun. Maka berpayung bagai la kami anak beranak.

Naik tingkat 2, kemudian tekan mesin no. giliran tu. No kami 0333. Kat skrin skang 0331. Dlm hati, tak lama dah. Akan tetapi, yg menjadi ketidak puasan hati saya ialah...setelah hampir setengah jam menunggu, masih tak dipanggil no ku! Padahal nak amik kad je bukan nak register kahwin or serah borang nak kawen watsoever!!! Zharif dah mula kebosanan.. Kaunter buka 3 je daripada 7 kaunter yg ada! Yang paling menyakitkan hati ialah..brother yg no 0335 [mungkin dia pun bengkak juga sebab kena tunggu lama sgt] terus meluru ke kaunter pastu 2-3 minit lepas tu dpt dia punya Kad Nikah tu..then dia blah..balik~  Saya yg sudah membara ni pun terus la meluru ke kaunter juga lepas brother tu blah..bgtau yg saya nak amik Kad Perakuan Nikah tu. Perempuan di kaunter minta surat [yg dikirim ke rumah tu]. Seperti lelaki tadi, 2-3 minit pastu saya dpt kad saya!

Wah~ proses yg sepatutnya tak smpai setengah jam jadi lebih sejam disebabkan....[korang leh phm sendiri kan] Info lain yg patut korang tau, kaunter yg saya meluru tu untuk amik kad bukanlah kaunter utk amik kad nikah tu. Saya sendiri pun x phm macam mana kakitangan Pejabat agama tu bekerja...seolah2 sgt2 tidak profesional. Orang yg no. gilirannya kemudian leh senang2 potong Q, kalo mcm tu baik tak payah letak mesin no. giliran tu! Pulak tu..kaunter utk urusan lain..leh pulak wat urusan lain juga! Hadoiiiii!!!! Patutlah orang awam selalu komplen pasal sistem dan kualiti kerja kakitangan awam [bukan semua, tapi majoriti].

Okla, untuk meredakan 'kepanasan' di hati ni..baik saya cerita pasal anak pulak. Setelah setel urusan di pejabat tu. Masa turun lif, ayah dukung zharif. Ayah cakap macam ade bau kentut gitu. Saya fikir mungkin orang lain yg ada sama dlm lif tu. Tup2 masa dlm kereta baru saya tau rupa2 nya zharif sudah buat KOLE! Time tu hujan masih turun..takkan nak stop kat pump station semata2 utk cuci berak zharif. Dahla hujan kan..so, decided balik je umah terus. Dlm kereta..zharif mula buat hal..nangis + ngamuk. Puas ibu memujuk..akhirnya terlena dia..

Oh ya, sebelum sampai rumah, sempat pula ayah melencong lencong cari goreng pisang. Katanya 'sedap makan goreng pisang panas2 hujan2 mcm ni'.


Masa balik.
Tertidur pas puas nangis + ngamuk. Tak selesa mungkin sebab dia berak~
Ni masa dia baru je terlena.



Kad Perakuan Nikah
-gambaran hadapan-


-gambaran bahagian belakang-
maklumat peribadi mengenai kita dan pasangan

info : Harga kad RM30 utk sepasang (2 kad)
satu lagi kad ada pada ayah.



|| nota: lega sgt kad nikah ni dah siap sebab senang kalau kami nak pi bercuti kemana mana. tak payah bawa sijil nikah yg gedabak (besar) tu. ||


Thursday, June 10, 2010

Jalan-jalan @ ronggeng2 ngan ayah

Masih dalam mood 'kerinduan' barangkali..hehe..Oleh itu rasa nak update citer masa ayah dtg jenguk kami tempoh hari. Kami tak kemana sgt pun sebab cuaca asik hujan je. Balik-balik ke shopping mall je la. sebab tempatnya berbumbung dan confirm tak kena hujan..huhu~

Tak banyak yg mau di omel kan..so, kita layan piccas saja la ye..dengan harapan bila ayah zharif tgk blog ibu nih, dia pun sama2 rindu..ecehh!! haha~


kami pi Jusco je~
Zharif as always, pantang nmpk tempat mainan byk2 tu..menggelepar!
ni mainan pertama yg dia naik
pic last tu : ayah jengah ikut tingkap..huhu~ (*_^ )/

ni mainan kedua
pic kedua tu : sape lg comei? ayah or kartun2 tu? haha!



 and this is the last one.. [menan terakhir] kapal pe tah..
pic tepi kedua : ibu nyibuks nk begambar gak =p
 

 ok, sementara menunggu si tomei tu main...
pasangan romantis sibuk bergambar [perasan jap]
yela, asik gmbr anak je kn..huhu~
kasi chance ibu n ayah plak \(^,^)/


Setelah puas main2 kat playland tu,
Puas memujuk budak tecik tu ngamuk takmo kuar dari situ
MENGAMUK ok..bukan menangis...
fuhh!...letih ayah memujuk smbil dukung dia.
Pas zharif ok, kami pun gi mkn.
pic pertama : siap leh senget2 badan wat aksi smile!

info : dlm KFC pun dia ngamuk lagi sekali.



 Aksi comel budak yg dah kekenyangan (*,")
zharif kata : SMILE!
 

 Last but not least, pic kami sekeluarga *peace*
info : wafiq minum air milo ye bukan coke..huhu!


 Setelah itu, kami pun ke surau menunaikan solat [dah lewat sebenarnye tu]. Mulanya ingat nak ke surau dulu sebelum makan, tapi disebabkan zharif mengamuk sakan sebab ngantuk + lapar..so, terpaksalah masuk kedai makan dulu [tak patut betul kan]

Kami sempat shopping pun sekejap jek..biasalah bila bawa anak kecil ni. Pasti banyak ragam dan karenahnya.



Monday, June 7, 2010

Rasa nak gi melancong la..

Mood hari ini agak kurang baik. Mungkin disebabkan keletihan atau ke'rindu'an kepada suamiku..huhu. Entahla~  Mungkin juga kedua-duanya sekali (-_-)v

Hmm...dalam keadaan mood yg agak kureng itu, dalam kepala nih dok pikir..alangkah syoknya kalau dapat pi bercuti cuti Malaysia (nk pi oversea..adeh! lom mampu kot buat masa skang..haha~)

Akan tetapi, ke manakah destinasi terbaik @ paling BEST?
Dengan keadaan diriku yg agak kurang sihat @ bertenaga (baru2 lagi)..weewee~

Berapa bajet perlu ada? nak stay berapa lama baru syok? 
Haihhh...macam2 yg difikirkan (T-T)

Kalau diikutkan hatilah kan..teringin nak gi Cameron or Genting..
Nak jauh sikit, nak gi Sabah / Sarawak ke...

Oleh itu, En. Suamiku..jom kita cuti2 darling~ (ayat memujuk yg sememangnya dh x laku =p )

Kalau my hubby bz kerja..takdak masa nk bercuti,
So, kawan2..jom kita 'tong-tong' (share2) pi cuti sama2..huhu~ (^_^)/



ni gmbr masa kami pi bercuti di Cherating last year
sempena Father's Day
kira cam hadiah utk ayah zharif la..hehe~
tapi ayah yg bayar semua =p

 Masa dinner kat Cherating
lupa nama restoran tu..
Berselera sungguh ayah mkn smpaikan ibu snap gmbr pun x perasan (*_*)v
info: semua lauk pauk licin ayah tolong abiskan..huhu!



aksi dua beranak masa kami nak check-out
nama hotel tu kalo x silap
Suria Cherating Beach Resort


So, ayah zharif???

|| nota: Siapa nak pi bercuti sama2 leh bagi nama..nanti saya buat namelist..haha! (gurau jek) ||





Wednesday, June 2, 2010

GIVEAWAY - Besday PapaZakwan! :)



Terjumpa pasal giveaway ni masa singgah umah Sari (Fitrah Cinta). Saje ingin memeriahkan lagi giveaway ni..harap2 ade rezeki..hehe.

To papazakwan, Happy Birthday. Bagus tul Mamazakwan siap wat giveaway sempena besday suaminya (*_*)/ 

Jom pakat join ramai2..sebelum terlambat! 
Giveaway tamat 3 Jun 2010


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...