Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari IBU


  |-----I B U-----|

 

Bersempena sambutan Hari Ibu tahun ini, ibu zharif ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di seluruh dunia yang sudi membaca blog kami ini (^_^)

Dan ucapan teristimewa sekali of course la ibu zharif ingin tujukan khas buat :

Nenek Zharif a.k.a Ibuku
Buat ibu, ayu nak ucap "Happy Mother's Day". Ibu adalah ibu yang terbaik (ter best sekali) di dunia. Terima kasih sebab lahirkan ayu and adik2 (bagi pihak mereka >,~) dan membesarkan kami dengan sempurna. Semoga ibu bahagia selalu dan makin rajin buat kek dan kuih muih yang sedap bangat sejak duk umah je ni kan..hehe (^_~) Masakan ibu memang tiada tandingannya la! Especially masakan special untuk hari raya..fuhh~ memang kompem ayu tambah 3-4 kali. Lastly, to ibuku tersayang...ayu sayang ibu sangat2!

Tok Ummi Zharif a.k.a Ibu mertuaku
Buat makngah, farah ucapkan "Selamat Hari Ibu". Terima kasih sebab tolong jaga Wafiq (tp tok ummi slalu panggil Opiq) bila farah sibuk. Selalu bawa Wafiq jalan2...pantang dengar wafiq nangis, sure terus didukungnya n pujuk. Masakan kampung makngah memang sedap! Pandai wat kuih tradisional. Karipap makngah memang terbaikla~ nanti farah nak blajar cemana nak wat eh? Lastly, semoga makngah berbahagia di samping keluarga besar baru ini. Sayang angah juga~

Arwah Mak tok zharif a.k.a arwah mak hubby
Hurmm...yang ni susah sikit. Mula2 sedekahkan al-fatihah buat roh arwah mak dulu. Actually, ibu zharif hanya pernah berjumpa sekali je ngan arwah mak ayah zharif. tu pun masa ayah zharif konvo kat UTM tahun 2004 dulu. Lama dah...masa tu arwah mak masih sihat. Cuma beberapa bulan selepas tu dia pergi menghadap Ilahi. Allah lebih sayangkan dia. Kami pun masa tu masih 'berkawan'. Ibu zharif still study ag masa tu. So, tak berapa kenal secara peribadi ngan arwah mak. Just boleh mendoakan semoga arwah mak tenang 'di sana'. 


khas buat para ibu yang disebutkan di atas dan SEMUA ibu-ibu sedunia, terimalah lagu BUATMU IBU dari Aeman : 


 Ibu? bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan?
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana 




|| nota: Semoga diri ini mampu menjadi Ibu yang terbaik buat anak2 kelak..amin~||



Free Signature Generator

0 nukilan anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...