Sunday, May 30, 2010

Contest Kasihnya Atuk


Singgah di umah Ibuarifa, terjumpa pulak contest ni yg dianjurkan oleh Ann..so, teringin nk join..hehe.. Sebab utama nk join kerana zharif sgt2 disayangi oleh atuknya. Segala kemahuan zharif pasti atuk tunaikan..plus, kalo perasan muka zharif lebih byk iras atuknya..huhu (^_*)/ sampaikan saudara mara dan kawan2 cakap zharif 'anak' atuk..haha~ Bila balik johor, atukla org paling excited nk dukung cucunya..aihh..hehe. Beruntung zharif! 

Oleh itu saya pertaruhkan gambar di bawah ni, gambar masa raya tahun lepas..xjumpa pulak gambo lain..hehe.

Nama cucu: Muhammad Zharif Wafiq
Umur : 18 bulan
Nama atuk : Abdul Rahman


Kepada yg berminat nk join leh klik pada banner di atas/sidebar saya tu =)
Contest ends on 5th June 2010




Wednesday, May 26, 2010

Header baru la...

Hari ini internet agak ok...plus ibu ade mood nak mengedit2 ni. So, ibu wat sebiji header untuk blog FAMILY kami ini..hehe. 

 
Takdela cun mane..sebab wat secepat yg mungkin n kemahiran mengeditku masih di peringkat beginner ye..huhu. So, terimalah..header baruku~ tadaaaaa!!! Sesape yg lagi mahir bab2 edit mengedit gambo nih..sila la perturunkan ilmu mu itu kepadaku..cewahh~ 



Tuesday, May 25, 2010

Today's Menu : Nasi Tomato + Ayam masak Briyani

Hari ini kami menjamu selera dengan masakan special dari nenek zharif iaitu nasi tomato berlaukkan ayam masak briyani (kalau ayam masak merah or sambal tu cam dh common sgt kn..tukar selera sikit) dan tak lupa acar sekali. 

Bila makan sedap2 camni of coz teringat kat ayah zharif...sedih gak takpat makan sama2. Takpela, insyaAllah bila ayah dtg amik kami nanti..ibu masakkan lauk sedap2 camni ye (^_*)

Oh ye, zharif wafiq bila ade makanan or nasi yg sedap2 camni, dia memang akan makan banyak. Semalam, nenek masak nasi pelangi lauk kari ayam bubuh kentang sket tu, 4 kali u all makan nasi..isk..isk..dasat tul. Ni nasi tomato sudah 2 kali makan. Semangkuk nasi habis sekali mkn. Selepas itu, macam biasa...dia akan "uk uk" byk kali sebab mkn byk..huhu (>_<)
Takpela, ibu tak kisah..asalkan anak ibu berselera makan. Ibu penat sikit je cuci "uk uk" dia tu..hehe. Tapi kalo ade ayah, sure ayah akan tolong ibu cucikan. (miss u, darling!)    
 

nasi tomato



ayam masak briyani



up-close : ayam briyani


ops! gambo acar terlupa nak snap sebab ibu tak makan acar tu..huhu =p tak suka makan timun, nenas tu sebenonye..hehe~  


Jom MAKAN!!~ 





Tuesday, May 18, 2010

Pengalaman Pertama Naik Bas Express!

 pic: taken from internet

 
Sebelum start cerita, nak kene bagitau dulu yang 1st time naik bas express tu ialah MZW ye bukan ibu or ayah nya..hehe!


Okay, now nak start citer...pada hari Khamis (13 Mei 2010) lalu, kami sekeluarga bertolak dari Kuala Terengganu ke Johor Bahru dengan menaiki bas express. Sebelum kami amik keputusan nak naik bas je utk balik JB...lama juga fikir. Yelah, risau gak kot2 angin Zharif tak ok nanti dlm bas mcm mana? Dahla tgh2 malam pulak tu. Kebetulan pulak sehari sebelum bertolak (Rabu) zharif kene cucuk utk setahun setengah punya tu. 

Nak dijadikan cerita, pada waktu malam Rabu tu tiba2 badan zharif panas..menandakan dia nak demam. Aduh! ibu sudah pening kepala + risau. Dahla esok nak naik bas. Buatnya dia demam..takkan nak naik bas gak kan. Mungkin sebab kene cucuk tadi, tu yg demam. Tanpa berlengah lagi ibu terus sumbat ubat demam kat zharif. Malam tu sebelum tdo, ibu tukarkan baju singlet ngan suar paras lutut je kat zharif. Masa tukarkan baju & seluar tu baru ibu perasan yang kat kawasan cucuk tu dah bengkak sangat! Tak pernah lagi zharif kene macam tu sebelum ni. Wahh~ risau betul ibu time tu (n_@) ibu sapu vicks kat kawasan sekeliling bengkak tu (ikhtiar sendiri). Pastu letak kool fever kat dahi zharif. Mujur zharif mudah tido (tak meragam langsung sebelum tido). Penangan ubat demam kot. Lepas diusap2 terus dia lena sendiri. Alhamdulillah..lega ibu & ayah. 

Malam tu seperti biasa bila zharif tak sihat, ibu sememangnya takkan tido dengan nyenyak lagi lenanya..huhu. Sikit2 terjaga tengok zharif kat sebelah...sambil2 tangan asik rasa seluruh badan dia. Panas tak? Alhamdulillah..lega sangat. Badan zharif tak panas dah. Dalam hati tak henti2 doa semoga zharif tak demam (yela,kalo anak demam kompem kene cancel tiket yg dah dibeli tu). 

Keesokkan paginya, zharif bangun macam biasa. Suhu badannya pun normal. Yeay! zharif tak demam..Alhamdulillah syukur! Cuma kat kawasan suntikan tu masih bengkak. Ibu call ayah bgtau anak tak demam cuma bengkak je kat tempat cucuk tu. Ayah suh monitor je keadaan zharif. Ibu tak bagi ubat demam dah. Malam tadi je sekali bagi. Malas nak ajar anak asik makan ubat je. Lagipun zharif payah mkn ubat~ Mau satu umah dengar jeritan batinnya bila disumbat ubat. Masa zharif tido siang tu ibu sempatlah tuam kawasan yang bengkak tu dengan air suam2 panas. Tapi takleh nak tuam lebih2 sebab zharif asik nak terjaga je. Rasa sakit sangat agaknya..sebab bila ditekan sikit je dah merengek2. Sian anak ibu. 

Dipendekkan cerita, malam tu dapatlah kami sekeluarga bertolak naik bas express seperti yang dirancang. Alhamdulillah. Kenapa nak naik bas? tak naik kereta? Sebab utama, ayah yang suruh..haha. Kebiasaannya, kami naik kereta je. Tapi kali ini mungkin ayah tak larat nak drive jauh2 plus ayah pun demam gak malam tu. Kereta plak ayah tak sempat nak servis. Sebab lain, ayah nak cari experience naik bas anak beranak..cewah~

Masa mula2 sampai di terminal, zharif bukan main excited lagi nampak bas byk. Dia memang pantang nmpak bas..siap jerit2 sebut "BAH-BAH". Lepas ayah gi cek tiket kat kaunter, kami pun naik la bas. Baru2 naik bas, zharif cam 'jakun' sket..hehe. Diam jek...tengok orang kiri kanan. Tiba2 dia nak turun plak. Takmo duk dalam bas. Aiyak~ macam sudah mula mau bikin hal je si zharif ni. Puas ayah pujuk. Tak jalan gak. Nak turun jugak! Bagi buku or mainan pe pun tak jalan...ibu ayah sudah fenin. Nasib baik bas yg kami naik tu on time. Bas sepatutnya gerak kol 9.30pm. Kol 9.34pm bas bergerak. OKla kan..tak sampai 5 minit pun. Bila bas dah mula bergerak barulah zharif ok sikit. Lega sikit ibu n ayah. Masa baru mula bertolak tu zharif tak reti duk diam. Jap nak kat ibu...jap nak kat ayah. Aduh! penat lor~ Jap tengok tv kat ayah..pastu gi kat ibu plak nak tgk kat luar tingkap. Bila berdiri kat atas peha ibu, siap selak2 langsir nak tengok luar..nampak bas lain sibuk "BAH-BAH". Lama gak kene layan zharif..around 2 jam lebih gak. Fuhh~ letih! Bagi biskut, air kotak dll. So that dia kenyang n tak meragam.

Dalam kol 12 lebih dekat2 kol 1 camtu, zharif cam dah mula mengantuk. Banyak kali menguap. Ayah plak khusuk layan DVD yg dipasang. Ibu sumbat nenen terus dia lena. hehe. Ada sekali tu tiba2 dia terjaga..adoi~ kene layan lagi. Tp tu tugas ayah la ye. Ibu tak larat dah..hihi. Sepanjang perjalanan selepas zharif tido tu, ibu just bg nenen je lepas tu bagi zharif kat ayah. Ayah la yg pegang n dukung dia masa tido. Thanx 'yaya'. hwehe. 

Around kol 2.30am kalo tak silap tgk jam la..sebab mata tak baper leh bukak masa tu. Bas benti rehat + tukar driver kat Nenasi. zharif still nyenyak tido. Lepas setengah jam camtu bas bergerak semula. Sepanjang perjalanan tu adalah dalam 4-5 kali zharif merengek2..tak pasti sebab lapar nak nenen or tak selesa (tido dalam pangkuan) sebab zharif memang jenis tdo lasak. Abis satu katil dia conquer. Tapi utk meredakan daripada dia terus merengek kemudian melalak ibu sumbat je ngan nenen ibu. hehe. Tapi serius kesian dan tak sampai hati tengok zharif tido meringkuk2 masa ayah pegang dia tu. badan dia bengkok je sepanjang masa. Sure tak selesa la kan..

Masa dah nak sampai tu pulak around kol 5 lebih, ibu dah terjaga. Bukan sebab excited dah nk sampai ye. Tapi tiba2 perut dan tekakku rasa semacam pulak. Mula2 masih boleh tahan lagi. Pening sikit2 je. Lepas tu kat ulu hati tu rasa cam pelik je. Perut bergelora...tekak pulak ngengada nak muntah. Puas di tahan-tahan. Akhirnya terkeluar juga segala isi perut. Sib baik sempat amik plastik dlm paper bag kat kaki. Ngam2 je dpt plastik tu, terus muntah! Eeeewwww~  Sampai sakit perut ku sebab nak kene keluar abiskan segala isi perut tu.haha. Ayah plak hanya mampu mengosok2 belakang badan ibu sebab ngah pegang zharif. Cepatla sampai!!!

Alhamdulillah...akhirnya sampai jua kami dengan selamatnya~ Masa nak turun bas tu macam tak baper nak boleh berdiri. Sakit lutut ni sebab lebih 8 jam duduk dan bengkok kaki. Nak bawa barang yg ringan2 pun tak larat..dah takde tenaga. Sib baik tak kene tunggu lama,nenek dan atuk zharif dah sampai. Sampai je umah terus minta nenek buatkan milo panas. Fuhh~ lega!  

Kesimpulannya, ibu macam dah serik la nak naik bas agi..huhu. tu tak masuk sakit tulang punggung sepanjang perjalanan. Sampai satu masa tu ibu rasa nak berdiri je dlm bas tu. Sakit tul punggungku! Ibu asik gosok2 je punggung sepangjang jalan tau (>.<) tapi apakan daya, balik terengganu ni, terpaksa naik bas sekali agi..Tulungggg!!!!



||nota: Sowi takde gambo sebab naik bas waktu malam..gelap gelita..kalo amik gambo pun tak nampak ape. Plus, bz jaga zharif yg aktif tu. Masa dah sampai plak ibu zharif sgt2 la x larat. nak pegang camera pun x larat rasanye..huhu||

||pesanan: Ayah,nanti balik raya naik keter jela ye..plzz!!||








Free Signature Generator

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari IBU


  |-----I B U-----|

 

Bersempena sambutan Hari Ibu tahun ini, ibu zharif ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di seluruh dunia yang sudi membaca blog kami ini (^_^)

Dan ucapan teristimewa sekali of course la ibu zharif ingin tujukan khas buat :

Nenek Zharif a.k.a Ibuku
Buat ibu, ayu nak ucap "Happy Mother's Day". Ibu adalah ibu yang terbaik (ter best sekali) di dunia. Terima kasih sebab lahirkan ayu and adik2 (bagi pihak mereka >,~) dan membesarkan kami dengan sempurna. Semoga ibu bahagia selalu dan makin rajin buat kek dan kuih muih yang sedap bangat sejak duk umah je ni kan..hehe (^_~) Masakan ibu memang tiada tandingannya la! Especially masakan special untuk hari raya..fuhh~ memang kompem ayu tambah 3-4 kali. Lastly, to ibuku tersayang...ayu sayang ibu sangat2!

Tok Ummi Zharif a.k.a Ibu mertuaku
Buat makngah, farah ucapkan "Selamat Hari Ibu". Terima kasih sebab tolong jaga Wafiq (tp tok ummi slalu panggil Opiq) bila farah sibuk. Selalu bawa Wafiq jalan2...pantang dengar wafiq nangis, sure terus didukungnya n pujuk. Masakan kampung makngah memang sedap! Pandai wat kuih tradisional. Karipap makngah memang terbaikla~ nanti farah nak blajar cemana nak wat eh? Lastly, semoga makngah berbahagia di samping keluarga besar baru ini. Sayang angah juga~

Arwah Mak tok zharif a.k.a arwah mak hubby
Hurmm...yang ni susah sikit. Mula2 sedekahkan al-fatihah buat roh arwah mak dulu. Actually, ibu zharif hanya pernah berjumpa sekali je ngan arwah mak ayah zharif. tu pun masa ayah zharif konvo kat UTM tahun 2004 dulu. Lama dah...masa tu arwah mak masih sihat. Cuma beberapa bulan selepas tu dia pergi menghadap Ilahi. Allah lebih sayangkan dia. Kami pun masa tu masih 'berkawan'. Ibu zharif still study ag masa tu. So, tak berapa kenal secara peribadi ngan arwah mak. Just boleh mendoakan semoga arwah mak tenang 'di sana'. 


khas buat para ibu yang disebutkan di atas dan SEMUA ibu-ibu sedunia, terimalah lagu BUATMU IBU dari Aeman : 


 Ibu? bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan?
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana 




|| nota: Semoga diri ini mampu menjadi Ibu yang terbaik buat anak2 kelak..amin~||



Free Signature Generator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...