Saturday, January 30, 2010

MZW - Latest milestone (14 months)

Perkembangan terbaru Muhammad Zharif Wafiq setakat 14 bulan ni :

  • Berjalan semakin laju (balancing kureng sket..huhu)
  • favorite cerita skang ialah BARNEY (sehari 7-8 kali kene bukak..adoiyai!)
  • Sejak dah pandai berjalan (semakin galak berjalan skang) susah nak mandikan (>,~)
  • makan pun agak kureng berselera la sekarang (n_n)
  • Pantang nampak keropok lekor...menggelepar nak makan..kalau ngah makan nasi, confirm takmo makan nasi lagi. Sepinggan keropok lekor pun boleh zharif habiskan (>,<)
  • Suka berkawan ngan budak2 yang lagi beso dari dia..baby dia tak minat! huhu~
  • Suka tengok benda2 yg beso cam lori, bas, jengkaut (beckhoe). Kalo nmpak sure menjerit sekuat hati panggil siap lambai2 tangan lagi..uhuk2!
  • Still suka pergi berjalan2.. kalo  nangis, bawa keluar umah je kom pem senyap~
  • pandai acah orang..siap buat bunyi lagi tu. Haha~ klakar tul anak ibu nih ^,"


petang2 jalan kat laman jek

ayah jadi pemerhati

 
ha..dia sudah mencangkung!
haipp!! kutip pe tuh zharif??


 
eh..eh..naper nih?
berjoget ke nk jatuh tu? haha~





Free Signature Generator

Saturday, January 9, 2010

MZW - Latest milestone (13 months)

As always...ibu sememangnya akan terlambat untuk update milestone terbaru baby zharif..adehh~ And as always also..ibu akan cakap; takpelah ni untuk kenangan zharif bila dah besar nanti..huhu.

OK! setakat ini..kebolehan terbaru Muhammad Zharif Wafiq ialah :

  • Dah boleh berjalan terkedek kedek \(~_~)/  tapi still terjatuh gak kadang2
  • Suara semakin lantang! Masa gi shopping kat tesco aritu leh dengar suara dia dari jauh lagi~
  • Suka menyanyi..especially time ibu cuci berak dia..haha. Sweet sgt dengar dia nyanyi  (>,^)
  • Suka makan nasi yang berperisa ex: nasi ayam, nasi minyak, nasi lemak, nasi goreng dll.
  • Suka makan makanan orang dewasa yang keras2 especially kerepek..aiyoo~
  • Kalau makan nasi kosong lauk peveret ialah sup sayur or sup ayam!
  • Dah pandai pointing finger kat arah yg betul bila ibu tanya di mana...cth: mana lizard? dia point kat dinding.
  • Kenal barang2 hak milik dia...kedekut gak tu..isk..isk~
  • Gigi 4 batang (2 atas 2 bawah) sekarang baru nk keluar agi 2 batang belah atas. Sikit je baru kuar.
  • Pantang nampak basikal (haih~ gamaknya ibu kene beli jugak sebijik kat dia..huhu)
  • Suka menari. Lagu peberet " La isla Bonita - alizee" sebab pompuan tu cantik..wah~ anakku!
  • Suka tengok iklan tv yang ade lagu2. Favourite iklan dia: Digi, horlicks, ribena, idola kecil 2 
  • Suka naik motor petang2 gi ronda2 kat kawasan umah. Bila naik motor zharif akan berdiri dalam bakul sambil tangan dok pegang handle or side mirror.. (ibu suka jalan2 naik keter sbb ade aircond..huhu)
  • Ohh...sekarang dah pandai..bila nak susu, dia akan dengan sendirinya baring kat paha ibu pastu selak baju ibu...nak nenen la tu tandanya..hehe~ Bijak anak ibu >_<



zharif main kereta tolak mainan dia


2 minit je dia duduk.
Selebihnya dia akan mem 'pomen' kereta tu


 ni kira ok lagi la sebab dia just tolak jek

 
masa ni makan kentang goreng
zharif tak suka..sebab tu dia buang balik pas dia gigit~



 asal masuk kereta je..perkara pertama yg mesti dia lakukan
"Act as the Driver" 



gambar paling latest (semalam)
gi joging ngan ayah
comel je zharif..huhu
paras paha ayah jek (^.^)/"


up close sket...
tengok tu muka excited!
subuh2 dh bangun nk gi joging..haha~


Eh..eh...sempat berjoget pulak..haha!


Sekian sahaja untuk perkembangan terbaru anakanda saya..hehe~




Free Signature Generator

Friday, January 8, 2010

Baby Baru

Huh? Zharif nk dapat adik pulak ker? haha...taklah~ bukan..bukan.. Actually, tajuk tu berkenaan baby yang baru dilahirkan oleh sahabat lama ibu zharif masa sekolah dulu; Razila. Ibu ila baru melahirkan anak keduanya pada 4 December 2009. TAHNIAH!


Nama 2nd baby tu ialah Nur Afiqah bt Mohamad. Dilahirkan  dgn berat 3.39kg di HSI, jb. Comel sgt baby dia. Anak sulung ila pun gegirl jugak..sebaya zharif (beza sebulan je mereka berdua tu).

Masa kami sekeluarga gi melawat baby baru tu...zharif as always buat umah orang cam umah sendiri. Abis mainan Aqila (anak sulung ila) dia nk main..kereta sorong Aqila di tonggang terbalikkan..punching bag otromen and also bola si Aqila jadi hak milik sementara zharif. Sharing is caring ye ila (^_^)/ hehe...

Kami tak lama singgah melawat since kami dtg pun dah petang..sian baby nk rehat2 ngn ibunya..hihi. Sempat snap gambo pun sket jek sebab ibu khusyuk berborak ngn ila. Dah nk balik baru teringat nk amik gambo.




ni dia baby baru NUR AFIQAH



Aksi zharif & Aqila yg takleh duk diam



gambar paling best la ni leh tangkap..
letih woo..nk kasi mereka duduk diam walau sesaat  >,~
tengok muka Aqila wat aksi 'SMILE'..haha~





ni anak sulung ila..Aqila namanya.
sihat sungguh dia kan..hehe.
jadi kakak yg baik ye..jgn buli adik..*peace*




|| nota: to Razila a.k.a ila..again, Tahniah! Semoga bertambah bahagia.. selamat berpantang. Selamat berjaga malam..hihi..||





Free Signature Generator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...