Sunday, December 13, 2009

MZW - 1 year-old milestone

Ish2..dah terlewat la ibu tulis latest milestone baby zharif utk 12 months punya. Tapi takpela...ni untuk kenang kenangan kami in the future ;) [ayat nak sedapkan hati sebenarnya]

Ibu takmau ngomel byk2 takut orang boring nak baca...so, straight to the point je la yer. Di antara perkembangan terbaru baby zharif setakat ini [1 tahun 2 minggu] :


  • sudah pandai minum pakai straw (actually, yg ni ibu tak pernah ajar pun..dia pandai sendiri. Ibu betul2 kagum..cewahh~~ sebabnya zharif tak pernah minum pakai botol susu. Ibu ajar dia minum pakai cawan je. Clever Boy!! Muah..muah!
  • Sekarang nih baby zharif makan macam org beso dah. Makan nasi. Bubur or nestum tak main dah. In fact, dia cam geli jek bila makan makanan yg lembik2 tu. 
  • Pantang nampak keropok keping or keropok lekor. Memang hantu keropok tul hero ibu nih. ayah cakap memang pure ganu tul anak ayah sorang nih..huhu ;p
  • Masih lagi bertatih. dia akan bagi signal hulur jari telunjuk dia tu untuk suruh org tatihkan dia. sooo...bossy! haha. Pastu bila tatih, dia yg akan lead kita bukan kita yg bawa dia ke mana2. haih... [Zharif Wafiq, bila mau berjalan ni sayang??]
  • Super active [bukan hyper ye] tak boleh duduk diam untuk satu jangka masa yg panjang. 
  • " Panjat memanjat adalah hobi saya " kata baby zharif.
  • Bukan seorang yg penakut. Sebabnya, di tempat yg gelap pun dia berani masuk. Contohnya, kalau ibu tutup lampu bilik, dia tetap akan masuk dengan selambanya..siap tutup pintu bilik lagi taww..
  • Tak takut langsung dengan segala jenis binatang. paling suka kucing, ayam, cicak, burung.
  • Dah pandai tiru bunyi binatang cam lizard (buat bunyi dlm mulut dia), ayam (kuu..kuu..), siap hulur tangan tu~~
  • suka ajuk orang cakap or bila kita buat bunyi. 
  • suka sebut "bear" "wekk.." "bus"
  • sangat2 teruja bila nampak bas dan lori. sampai tertoleh2 ke belakang bila nampak bas dan lori. Siap buat bunyi lagi. [Clever la anak ibu *peace*]
  • sudah pandai bangun dan berdiri sendiri. tapi sangat la malas utk berbuat demikian. aiyakk..!!
  • sangat bossy! [biasalah tu budak2 kan ;) ]
  • dah paham ayat suruhan ibunya. contohnya bila ibu cakap "zharif, jom mandi, buka baju" dia akan tarik2 bajunya dan seluarnya. [pandai anak ibu]
  • haa...yang ni ibu kureng gemar sikit. sebabnya, dia suka ketuk2 kepalanya sendiri. " zharif, don't do that ok sayang" [ni gara2 pakcik2 nya yg ajar kot ;p ]

note: setiap kanak2 berbeza perkembangannya.



Free Signature Generator

1 nukilan anda:

Ayu

amjad pun suka ketuk kepala dia..nape ntah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...