Thursday, December 31, 2009

Majlis Merisik Angah Zharif

Pada 26hb Disember 2009, telah diadakan majlis merisik angah zharif. Majlis sangat simple or sederhana. Kami hanya menjemput keluarga 'Uncle' (abang atok zharif) sebagai wakil bagi pihak keluarga kami. Since tok Uncle adalah yg paling tua dlm keluarga atuk zharif.

Majlis bermula pada jam 11 pagi. Mulanya nak buat lepas waktu zohor, tapi terpaksa di awalkan sebab pihak keluarga lelaki nak pulang ke Perak hari itu juga (selepas majlis). Takut lewat sangat pulak smpai Perak nanti kalo buat lepas zohor. Dahla ramai budak2 kecil. Ish..ish..

Seperti yg ibu zharif pernah mentioned dlm entry sebelum ini, masa yg diberikan oleh pihak lelaki amat singkat. Lebih kurang 2 minggu je untuk siapkan segala2 nya. Dahla seminggu sebelum majlis tu, angah zharif ada 'Operasi' (hanya org2 polis je tau operasi ape) kat Muar. Memang agak mengejutkan bagi pihak kami apabila pihak lelaki call atuk zharif bgtau nk "hantar tanda" weekend Krismas tu. Lepas tu, ada masalah sikit berhubung ngan hantaran plak. Mula2 cakap takyah hantaran2 ni...sebab mereka just hantar tanda (cincin). Tup..tup..angah zharif bgtau ada pulak hantaran. Pihak mereka bagi 3 dulang. Makanya kami balas la 5 dulang.

Barang2 hantaran sumer beli last minit. Sebab tu hantaran dari pihak kami amat simple dimple! haha..2 hari sebelum majlis baru buat. barang2 beli seminggu sebelum. Sibuk nak uruskan makanan...nak kene cari cam catering tula. Alhamdulillah dapat jugak tukang masak setelah mencari merata2. Ramai yang taknak amik sebab last minute.

Ehh...dah panjang lebar..jom layan piccas sekitar majlis merisik tuh *(^_^)*



makanan yg disediakan


up-close sikit..hmm..nyum2!

menu-menu nya ialah: nasi ayam sambal, puding jagung berkuah + cocktail, apam dewa, popiah otak2, tembikai.
air: oren & teh (panas)



gambar angah dgn hantaran2 nya.




usu dan baby zharif..nyibuks jap..hehe~



selingan...LOL..



angah dan a'ley



sebahagian ahli keluarga pihak lelaki dari Perak
ooohh..and also some piccas of us..ngeh~



"the moment" ..ngeh..ngeh..
tu..bakal mak mertua angah (yg sarung cincin)



ni a'ley nya kerja..tgh dok khusyuk dgr wakil pihak lelaki bermukadimah,
a'ley soh kami posing sat..nak amik gambo..huhu~
dah macam tangga kan?
nenek zharif control senyum ke nk gelak sakan tuh..hmmm~~



Zharif Wafiq wat main bekas cincin angah
kene marah nanti..baru tau!
segak bergaya berbaju melayu..cewahh~



ni masa rombongan nak balik



aiseh..atuk dan cucu same plak baju melayu ijau
siap berpayung bagai..hihi~
cuaca panas..sian putera lilin tu (>_<)/



*orang penting di balik tabir majlis*
nenek zharif berposing ayu ala2 gadis melayu..
sambil tahan nk tergelak..haha~


kalau korang perasan, gambar ayah zharif  TIADA..sedih tau!
Sebabnya..ayah dah apply cuti untuk dtg amik kami pd 28hb awal2 ag.
Angah plak bgtau pasal majlis ni last minit..
Sepupu ayah di Kelantan awal2 dah booking ayah untuk majlis pertunangannya pd 25hb (sehari sblm majlis angah) takkan nak batalkan..tak sedap pulak kn? Dah berjanji!
Ayah pun dah beli tiket awal2 lagi utk dtg jb.
Sian ayah..takpat ikut serta majlis ni.
takpelah..lenkali pulak ye (n_n)


Therefore, di sini ibu nak remind kat uncle khair tu...untuk majlis kahwin nanti
SILA BAGITAHU AWAL-AWAL YE
sekurang2 nya 6 bulan..huhu (dasat tuh)
yela, sebab keluarga kami pun nak kene wat preparation..
kalo semua bantai wat last minit..parah la jadinya~
kene fikir gak keadaan keluarga kami...bukan semua benda leh dpt sekelip mata je.
lagi2 ayah zharif keje kat ganu nung..nak kene amik cuti awal.
kereta nak kene servis gak kan..semuanya DUIT!
kalau bgtau awal2 kami leh simpan sket duit..tul tak?




nota: Agak emosional lak kan Ibu Zharif ni..haha. Bukan pe, ibu amat2 tidak suka kerja last minit. Especially yg melibatkan perkara2 penting mcm ni. Tak bolehla kita pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan org lain. tak gitu? huhu...takpelah, mungkin org lain lain caranya. Jangan menyusahkan org sudah...*peace*


Free Signature Generator

2 nukilan anda:

NurulHayatiNordin

Wahh~!! tahniah to adik farah ye.. hehe dah kena risik.. bile majlis besar - besaran nye? =D anyway adik farah ni umo bape ye? lupe da dulu. hehh

MiJa

bestnyer tgk puding brkuah tu..hihi
zharif hensem la pkai bj melayu!muda sgguh nenek zharif..^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...