Tuesday, December 8, 2009

Kejadian-kejadian yang berlaku...

Assalammualaikum...

Ya ampun...lame sungguh tak hapdate ini blog. Baynak betul kejadian yang berlaku beberapa minggu lalu sehingga memaksa ibu zharif utk tidak ber blog buat sementara waktu [cewahhh~~] di antara kejadian2 nya :

Birthday party baby zharif

As i mentioned in the previous entry, 20hb November lalu adalah besday my baby boy. Kami decided wat majlis utk meraikan his 1st anniversary pada keesokan harinya [21hb November]. Ala...wat majlis simple dimple jek sbb last minute nyer preparation..huhu. Cerita pasal birthday party baby zharif insyaAllah akan ibu update kendian yer ;)

Baby zharif demam

Beberapa hari selepas baby zharif menyambut harijadinya yg pertama, demam menyerang. Macam biasa, ibu pastinya tak boleh bersenang lenang [berblogging la..hihi] time zharif demam sbb nya bila dia demam asik merengek jek. Serba serbi serba tak kena. Pulak tu asik nk berdukung jek. waktu mlm paling mencabar kesabaran...memang tak boleh tidur punya la. sekejap2 terjaga, cek suhu badan baby zharif, panas sgt tak. pastu lap ngan kain basah. baby zharif plak asik menangis je sepanjang mlm. mujurlah ayah zharif seorang yang sgt ringan tulang membantu ibu menjaga baby zharif sepanjang mlm. ayahlah yg pergi basahkan kain..jerlumkan kat kepala zharif. Macih banyak2 ye ayah~~  Hampir 3 hari juga dia demam.

Baby zharif kena campak

Bukan kene campak ke luar tingkap or ke mana2 ye. huhu. Sebaik sahaja baby zharif baik dari demam, ibu perhatikan kat badan dan muka dia ada bintik2 merah halus. Mula2 tu tak berapa jelas la..ibu syak mungkin ruam panas je. So, I ignored. Keesokkannya (raya haji) semakin jelas pulak bintik2 tuh dan semakin BANYAK. Ibu sudah mula risau..ish, takkan alergi pulak. Syukur time ni dia tak demam dah. kalau campak dia dtg sekali harung ngan demam, memang parah gak la kot. Bila tanya ramai org [org tua2 yg ramai anak dan berpengalaman] mereka ckp baby zharif kene campak. Patutlah sebelum kene campak mata dia layu jek..kudrat nk main dgn sepupu2 pun kureng jek. Sian anak ibu :(  hari sabtu tu (raya ke-2) kami sekeluarga ke dungun sebab ayah Da dan ayah Teh baby zharif nak akikah. Buat di dungun sebab semua ahli keluarga jauh2 berkumpul di sana. Dalam keadaan ber 'campak' tu..terpaksa juga la kami usung zharif. mujur dia tak buat hal sepanjang di sana [org terlalu ramai..cuaca panas pulak tu]. Alhamdulillah. Sempat juga ayah zharif amik buah kelapa muda kat umah che Ngah Nah, nak bagi zharif minum biar kuar abis la campak2 tuh ;p
Lega sangat hati sebab 2-3 hari jek cmapak zharif dah hilang. takder kesan langsung pun ;) Alhamdulillah.


Kenduri kawin umah Long (Tok Long Zharif)

hari isnin 30 November, sepupu ayah zharif (anak Long) kahwin. since Long adalah saudara yg sgt rapat ngan family kami [baby zharif pun kenal tok Long dia ;p ] kami tolong2 juga la mana yg patut. ayah zharif tolong siang daging..pasang khemah..susun kerusi meja dll. ibu tolong tengok je..haha. baby zharif masa tu masih lom sihat sepenuhnya. tapi masa kat umah Long sibuk nak main naik turun tangga..adeh! letih melayan.


Baby zharif kena cucuk (injection) utk setahun

Seperti yg ibu pernah mention dlm entry sebelum ini masa pergi klinik utk check-up setahun aritu. sepatutnya baby zharif kena dtg semula ke klinik pada 25hb. tapi, disebabkan masa tuh baby zharif sedang demam, maka terpaksalah ibu tangguhkan dulu untuk pergi klinik. So selepas baby zharif sihat, ibu dan ayah pun bawalah dia ke klinik untuk cucuk. Masa kat klinik, dia mengamuk sebab tak nak kena timbang. Masa nak buka baju dan pampers dia dah start nangis. Nasib baik masa tuh kat klinik takde orang.


Pergi Besut hantar pengantin perempuan

Jumaat 4 Disember, kami sekeluarga ikut rombongan keluarga Long ke Besut, untuk menghantar anaknya ke rumah keluarga mertuanya. Sepanjang perjalanan redup je. dah nak sampai hujan turun. agak lebat juga. rumah pengantin lelaki pula tepi pantai..wahh~~ best betul suasana di sana. huhu.

Oh ya, 4 Disember juga merupakan harijadi nenek zharif. So, to nenek kami ucapkan SELAMAT HARI LAHIR (^-^)

Malam tu sahabat lama ibu masa sekolah menengah dulu anta sms memberitahu yg dia sudah selamat melahirkan anak keduanya [baby girl juga]. so, to ibu Razila, TAHNIAH!! Selamat Berpantang..lupa pula nk tanya sapa nama anak keduanya tuh. InsyaAllah akan pergi melawat ila nanti yer *wink*


Menamatkan perkhidmatan broadband

Hurmm...mungkin ini antara sebab musabab yg paling munasabah kenapa ibu lama tak update blog. Sebabnya ibu sudah mematikan langganan broadband yg baru bebrapa bulan dilanggan. *sob..sob*
The reason why--> sebab kualiti perkhidmatan yg sgt tidak memuaskan hati! ingatkan bila guna celcom masalah signal, line etc..should be no prolem since they claimed to be the best in broadband services. Akan tetapi..hampeh jua~~ takpelah. daripada ibu membuang duit tiap2 bulan [RM 68] hanya utk service yg memang sgt teruk, lebih baik ku matikan saja. huhu. [nak upload sekeping gambar memakan masa hampir sejam..nak buka satu2 page kene refresh byk kali..adoi!] hopefully, pasni bila guna streamyx punya broadband ok line and signal strength dia. huhu.


Laptop ibu diserang VIRUS!!!

Baru 2 bulan rasenya guna notebook yg ayah belikan utk ibu tu..tup2 sudah mau kene format balik. aiyakk~~ ini semua gara2 serangan virus2 perosak. gambar2 byk ibu save dlm tu jek..mcm takleh nk diselamatkan lagi jek :(( 


Begitulah ceritera-ceriteranya mengapa ibu zharif ni lama tak ber blog. Sekian, terima kasih.

note: sorry takde gambar untuk entry kali ni sebab laptop ayah nk format balik *peace*




Free Signature Generator

2 nukilan anda:

NurulHayatiNordin

ala.. ciannyer wafiq.. demam nak besar la tuh... heheh seb baik da baik kan..=D

Lagi satu part yang i suke ialah farah da guna streamyx... wakakaka.. i like it..=p

ibu_arifa

wah...buzy nyer ibu zharif nih...patutlah sepi jer..

happy birthday zharif...semoga sentiasa sihat disamping keluarga tersayang yer...

part laptop kena virus tu yg amat menakut kan bg semua pengguna laptop/pc..ee..ngeri!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...