Thursday, December 31, 2009

Majlis Merisik Angah Zharif

Pada 26hb Disember 2009, telah diadakan majlis merisik angah zharif. Majlis sangat simple or sederhana. Kami hanya menjemput keluarga 'Uncle' (abang atok zharif) sebagai wakil bagi pihak keluarga kami. Since tok Uncle adalah yg paling tua dlm keluarga atuk zharif.

Majlis bermula pada jam 11 pagi. Mulanya nak buat lepas waktu zohor, tapi terpaksa di awalkan sebab pihak keluarga lelaki nak pulang ke Perak hari itu juga (selepas majlis). Takut lewat sangat pulak smpai Perak nanti kalo buat lepas zohor. Dahla ramai budak2 kecil. Ish..ish..

Seperti yg ibu zharif pernah mentioned dlm entry sebelum ini, masa yg diberikan oleh pihak lelaki amat singkat. Lebih kurang 2 minggu je untuk siapkan segala2 nya. Dahla seminggu sebelum majlis tu, angah zharif ada 'Operasi' (hanya org2 polis je tau operasi ape) kat Muar. Memang agak mengejutkan bagi pihak kami apabila pihak lelaki call atuk zharif bgtau nk "hantar tanda" weekend Krismas tu. Lepas tu, ada masalah sikit berhubung ngan hantaran plak. Mula2 cakap takyah hantaran2 ni...sebab mereka just hantar tanda (cincin). Tup..tup..angah zharif bgtau ada pulak hantaran. Pihak mereka bagi 3 dulang. Makanya kami balas la 5 dulang.

Barang2 hantaran sumer beli last minit. Sebab tu hantaran dari pihak kami amat simple dimple! haha..2 hari sebelum majlis baru buat. barang2 beli seminggu sebelum. Sibuk nak uruskan makanan...nak kene cari cam catering tula. Alhamdulillah dapat jugak tukang masak setelah mencari merata2. Ramai yang taknak amik sebab last minute.

Ehh...dah panjang lebar..jom layan piccas sekitar majlis merisik tuh *(^_^)*



makanan yg disediakan


up-close sikit..hmm..nyum2!

menu-menu nya ialah: nasi ayam sambal, puding jagung berkuah + cocktail, apam dewa, popiah otak2, tembikai.
air: oren & teh (panas)



gambar angah dgn hantaran2 nya.




usu dan baby zharif..nyibuks jap..hehe~



selingan...LOL..



angah dan a'ley



sebahagian ahli keluarga pihak lelaki dari Perak
ooohh..and also some piccas of us..ngeh~



"the moment" ..ngeh..ngeh..
tu..bakal mak mertua angah (yg sarung cincin)



ni a'ley nya kerja..tgh dok khusyuk dgr wakil pihak lelaki bermukadimah,
a'ley soh kami posing sat..nak amik gambo..huhu~
dah macam tangga kan?
nenek zharif control senyum ke nk gelak sakan tuh..hmmm~~



Zharif Wafiq wat main bekas cincin angah
kene marah nanti..baru tau!
segak bergaya berbaju melayu..cewahh~



ni masa rombongan nak balik



aiseh..atuk dan cucu same plak baju melayu ijau
siap berpayung bagai..hihi~
cuaca panas..sian putera lilin tu (>_<)/



*orang penting di balik tabir majlis*
nenek zharif berposing ayu ala2 gadis melayu..
sambil tahan nk tergelak..haha~


kalau korang perasan, gambar ayah zharif  TIADA..sedih tau!
Sebabnya..ayah dah apply cuti untuk dtg amik kami pd 28hb awal2 ag.
Angah plak bgtau pasal majlis ni last minit..
Sepupu ayah di Kelantan awal2 dah booking ayah untuk majlis pertunangannya pd 25hb (sehari sblm majlis angah) takkan nak batalkan..tak sedap pulak kn? Dah berjanji!
Ayah pun dah beli tiket awal2 lagi utk dtg jb.
Sian ayah..takpat ikut serta majlis ni.
takpelah..lenkali pulak ye (n_n)


Therefore, di sini ibu nak remind kat uncle khair tu...untuk majlis kahwin nanti
SILA BAGITAHU AWAL-AWAL YE
sekurang2 nya 6 bulan..huhu (dasat tuh)
yela, sebab keluarga kami pun nak kene wat preparation..
kalo semua bantai wat last minit..parah la jadinya~
kene fikir gak keadaan keluarga kami...bukan semua benda leh dpt sekelip mata je.
lagi2 ayah zharif keje kat ganu nung..nak kene amik cuti awal.
kereta nak kene servis gak kan..semuanya DUIT!
kalau bgtau awal2 kami leh simpan sket duit..tul tak?




nota: Agak emosional lak kan Ibu Zharif ni..haha. Bukan pe, ibu amat2 tidak suka kerja last minit. Especially yg melibatkan perkara2 penting mcm ni. Tak bolehla kita pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan org lain. tak gitu? huhu...takpelah, mungkin org lain lain caranya. Jangan menyusahkan org sudah...*peace*


Free Signature Generator

Wednesday, December 30, 2009

Kuar Jalan-jalan Lagi!

Sebelum apa2 nak kene bagitau yg entry ini adalah backdated nyer entry. hehe. Biasalah bila penyakit 'M' tu dah melanda...memang gamaknya tak berhapdatela blog ini. hikhik (~,~)
Okla, gambar2 di bawah adalah gambar2 kami sewaktu keluar membeli barang2 utk majlis merisik angah zharif. Actually, masanya sgt suntuk! Seminggu jek untuk siapkan barang2 hantaran. Kelam kabut kami dibuatnya.

Tak perlu ber soh...seh..panjang lebar, jom layan gambar. More on that akan ibu ulas pada entry berikutnya ye ;)



 baby zharif didukung oleh a'ley nye sambil toleh ke arah angah yg dh jauh tggl kan kami..huhu.
 

 usu, zharif & a'ley..tenyum! tenyum! zharif sebok nk capai pe tah tu.



amboi! syoknya dia berjalan sambil dipimpin.



posing ngan a'ley jap kat kerusi..penat berjalan.



 oooppss!! gambar candid..hahaha..a'ley tak kasi upload gmbr ni. Sowi ye a'ley *wink*



kat escalator..takmo didukung. Konon cam dh pndai jln la. haiyaa!



 ni kat kedai jual barang2 utk hantaran.
 

 bunga2..mana 1 nk pilih ya?



 nama kedainya kahwins wedding accessories. amik gmbr ikut cermin blakang je.


 hero ibu yg sangat girang kat escalator tu..hehe~




 || nota: gambar2 di atas tak di edit langsung pun..hihi..sebabnya nk cepat ||


Free Signature Generator

Sunday, December 27, 2009

Selamat Bertunang + Selamat Pengantin Baru

Wahh...lately banyak betul orang kawen and bertunang. Maklumla musim cuti sekolah kan (^_^)
Makanya, banyak juga lah undangan yg Ibu Zharif terima...so, di sini ibu nk ucapkan TAHNIAH kepada mereka2 di bawah ni :

Helila (sepupu) : Majlis Pertunangan

Mula2 nk mohon maaf byk2 kat aunty La sorang ni sbb ibu zharif and baby zharif tak dpt dtg masa majlis pertunangan tu diadakan. Hantar wakil nenek and aunties je. Sebabnya, ibu kena food poisoning time tu..sakit perut yg amat sgt! Muntah2 lagi. Ditambah pula dengan demam. Memang pakej lengkap la..(sakit perut + muntah2 + demam) fuhh! malam tu juga ke klinik. Bila nenek zharif bawa balik makanan dari umah aunty Helila tu, memang terliur habis la...(nasi ambang tu!) Sedap sungguh lauk pauk nyer. Tapi, ibu tak boleh mkn byk2 sbb still sakit lagi (rugi lak rasa tak leh mkn puas2 lauk2 tu..huhu). Takpelah, next time Mak wat nasi ambang ag kita nk mkn puas2 yer..hikhik! (>_~)/ 

Shafeeza (sahabat baik) : Majlis Perkahwinan

Kawan lama ibu nih. Sama sekolah since sekolah rendah. Dah kawen pun sekarang. Alhamdulillah. Kat Shafeeza pun ibu zharif nk mohon maaf byk2 sbb singgah sekejap jek. Tak makan pun. Datang pun dah petang. Sebabnya, ibu masih blom sihat sepenuhnya (demam masih melanda). Datang bagi hadiah..borak2 dalam 15-20 minit pastu balik. Maaf ye. Ibu sempat amik gambar ngan pengantin tp ade masalah teknikal plak ngan handphone angah tu, takleh transfer gambo tu ke laptop. Nanti dah leh upload ibu tepek kat sini yer. Ibu zharif ucapkan Selamat Pengantin Baru, moga bahagia selamanya \(^_^)/


Farah Izzati (sepupu) : Majlis Perkahwinan

Hmmm....nama kami hampir2 sama. hehe. Di kalangan keluarga panggil dia Tati jek =)  majlis diadakan di Melaka...rumah keluarga Mak Long la. hehe. Ni ade beberapa keping gambar kami masa on the way ke Melaka and masa majlis berlangsung. Cantik Tati...berseri seri. Oh ya! anak pakcik Haris (btul ke eja ni?) Fitri dari kumpulan UNIC tu pun dtg.







tu...si Fitri UNIC (paling kiri)






Free Signature Generator

Thursday, December 24, 2009

Nasi Ayam + Apam Dewa + Kek Coklat Moist

.: SALAM MAAL HIJRAH & SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU :.

Petang awal Muharam aritu ibu zharif & nenek zharif sibuk memasak 3 jenis masakan + kuih nih. Saje je..kira cam nk celebrate awal Muharam la. hehe. Resepi utk kek coklat moist tu, diambil dari MyResepi. Kuih apam dewa pulak...ibu dapat resepi ni dari Tok Ummi Zharif. mudah lagi senang jek nk buat apam dewa ni rupanya. 5 bahan je digunakan. Sangat jimat kos..hihi (^,^)




kuih apam dewa (so colourful kn ;p )




ni kek coklat moist tu (pic taken from myR)


resepi nasi ayam pula..sure semua orang tau mcm mana nk buat kan..hehe

JOM MAKAN!


|| nota : kek coklat moist & nasi ayam tu ibu zharif tak berkesempatan pulak nk snap pic sbb sudah kelaparan ditambah pula bila tengok kek coklat dan bau nasi ayam yg amat menyelerakan. huhu. sedar2 je dah habis ||



Free Signature Generator

Monday, December 21, 2009

"SoMeThiNg" For Ayah Zharif

Straight to the point...since kami dah almost 2 weeks kat JB nih without ayah zharif, rasa windu tuh sudah semakin membuak buak (cewah..ayat tu ;p ) So, di sini ibu and baby zharif ade something nk bg kat ayah zharif. Semoga ayah sihat...happy (walaupun kami tiada disisi) and kerja cam biasa. huhu..


Something itu ialah : 

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

tadaaaaaaaaa....






oppss!! ade lagi la....

*

*

*

*

*

*

*








Sekian, terima kasih (+_+)/"






||nota : next week ayah dtg amik kami. ||


Free Signature Generator

Wednesday, December 16, 2009

Ladies + a boy 's Day Out!

Last week, hari apa, ibu zharif sudah lupa la..huhu..kami berlima (4 perempuan + 1 budak kecik) gi jalan2 ke bandar JB.

Actually, tujuan utama nak ke Kompleks Islam [Pejabat Agama Islam Johor] sebab ibu nak buat Kad Perakuan Nikah. Yeap! dah 2 tahun kahwin, sekarang baru dpt buat..huhu. Sebelum ni dah pernah gi nak buat, tapi tak jadi sebab gambar hilang la..borang tak lengkap la..macam2 lagi. Plus, pas kawen kami tinggal di Kedah kemudian pindah ke Terengganu pula. Pulang JB pun jarang2, time cuti umum jek biasanya..that's why asik tertangguh jek. Dipendekkan cerita, alhamdulillah segalanya settle jugak haritu [walaupun macam2 masalah juga seperti sijil nikah tak potostat, org kaunter suruh dtg semula dll]

Mula2 kami singgah di Kotaraya dulu untuk lunch sebab kami smpai ngam2 kol 1.00 tghari. Asalnya plan kami nak pergi waktu pagi, tapi cancel sebab kesian kat usu zharif x dapat ikut, so, tggu la dia balik dari kelas mengaji tahfiz dia tu dulu. Dalam kol 11.30 pagi baru usu zharif balik, kami pun bertolak kol 12.15 tghari [maklumla perempuan, lambat sikit bila bersiap]. Sampai di Kotaraya terus isi perut. Baby zharif pun memulakan aksi nakal dia. Sibuk dok kaco orang nak makan, kaco anak orang meja sebelah, asik nak "wash hands" dia jek..adehh! nasi habis berterabur atas meja! Lepas makan kami gi masjid kat dalam Kotaraya tu jugak utk solat zohor. Sambil tggu  turn masing2 sempatla ibu susukan zharif sampai dia lena sekejap.

Then, kami terus ke Kompleks Islam dalam kol 2.30 ptg. Sampai sana terus amik borang, isi...zaaaasss~~ settlekan jugak pe yg patut. Alhamdulillah. Lagi 3 bulan baru dapat kad tu.

Kemudian kami ke The Zon pulak. Saje jalan2 plus shopping2. huhu. Sekejap jek kat The Zon. Pastu dalam kol 5.30 ptg kami pun bertolak balik rumah. Sempat jugalah rembat beberapa helai baju utk baby zharif. Kopak duit ibu..huhu ;p

Jom layan gambar2 kami (>_<)/



aksi gilos2 kami dlm kereta.



sebelum makan posing dulu..hehe (>.~)



ibu, wafiq & a'ley kat depan Kompleks Islam


Pose! Zharif geram ngan speck a'ley..


Baby zharif ngan usu [usu x sempat tuko baju tu..dh cam ustazah. haha!]


aksi gediks kami berdua..weekk ;p


kat The Zon. Sempat main playground ngan Angah. Yippie!!


naik kuda kepang kah?? blakang tuh..teddy bear byk nya~~



special note to ayah zharif : we miss u so much! [ekceli cam ibunya jek yg lebey2 windu..hikhiks :p]

|| Rasenye cam dah lama tak bercuti sekeluarga (lame ke? huhu) teringin nak gi tempat2 sejuk la cam cameron ke genting ke bukit tinggi ke fraser hill ke? Mane ye tempat2 yg syok utk bercuti? Ayah zharif, jom kita...||




Free Signature Generator



Sunday, December 13, 2009

MZW - 1 year-old milestone

Ish2..dah terlewat la ibu tulis latest milestone baby zharif utk 12 months punya. Tapi takpela...ni untuk kenang kenangan kami in the future ;) [ayat nak sedapkan hati sebenarnya]

Ibu takmau ngomel byk2 takut orang boring nak baca...so, straight to the point je la yer. Di antara perkembangan terbaru baby zharif setakat ini [1 tahun 2 minggu] :


  • sudah pandai minum pakai straw (actually, yg ni ibu tak pernah ajar pun..dia pandai sendiri. Ibu betul2 kagum..cewahh~~ sebabnya zharif tak pernah minum pakai botol susu. Ibu ajar dia minum pakai cawan je. Clever Boy!! Muah..muah!
  • Sekarang nih baby zharif makan macam org beso dah. Makan nasi. Bubur or nestum tak main dah. In fact, dia cam geli jek bila makan makanan yg lembik2 tu. 
  • Pantang nampak keropok keping or keropok lekor. Memang hantu keropok tul hero ibu nih. ayah cakap memang pure ganu tul anak ayah sorang nih..huhu ;p
  • Masih lagi bertatih. dia akan bagi signal hulur jari telunjuk dia tu untuk suruh org tatihkan dia. sooo...bossy! haha. Pastu bila tatih, dia yg akan lead kita bukan kita yg bawa dia ke mana2. haih... [Zharif Wafiq, bila mau berjalan ni sayang??]
  • Super active [bukan hyper ye] tak boleh duduk diam untuk satu jangka masa yg panjang. 
  • " Panjat memanjat adalah hobi saya " kata baby zharif.
  • Bukan seorang yg penakut. Sebabnya, di tempat yg gelap pun dia berani masuk. Contohnya, kalau ibu tutup lampu bilik, dia tetap akan masuk dengan selambanya..siap tutup pintu bilik lagi taww..
  • Tak takut langsung dengan segala jenis binatang. paling suka kucing, ayam, cicak, burung.
  • Dah pandai tiru bunyi binatang cam lizard (buat bunyi dlm mulut dia), ayam (kuu..kuu..), siap hulur tangan tu~~
  • suka ajuk orang cakap or bila kita buat bunyi. 
  • suka sebut "bear" "wekk.." "bus"
  • sangat2 teruja bila nampak bas dan lori. sampai tertoleh2 ke belakang bila nampak bas dan lori. Siap buat bunyi lagi. [Clever la anak ibu *peace*]
  • sudah pandai bangun dan berdiri sendiri. tapi sangat la malas utk berbuat demikian. aiyakk..!!
  • sangat bossy! [biasalah tu budak2 kan ;) ]
  • dah paham ayat suruhan ibunya. contohnya bila ibu cakap "zharif, jom mandi, buka baju" dia akan tarik2 bajunya dan seluarnya. [pandai anak ibu]
  • haa...yang ni ibu kureng gemar sikit. sebabnya, dia suka ketuk2 kepalanya sendiri. " zharif, don't do that ok sayang" [ni gara2 pakcik2 nya yg ajar kot ;p ]

note: setiap kanak2 berbeza perkembangannya.



Free Signature Generator

Tuesday, December 8, 2009

Kejadian-kejadian yang berlaku...

Assalammualaikum...

Ya ampun...lame sungguh tak hapdate ini blog. Baynak betul kejadian yang berlaku beberapa minggu lalu sehingga memaksa ibu zharif utk tidak ber blog buat sementara waktu [cewahhh~~] di antara kejadian2 nya :

Birthday party baby zharif

As i mentioned in the previous entry, 20hb November lalu adalah besday my baby boy. Kami decided wat majlis utk meraikan his 1st anniversary pada keesokan harinya [21hb November]. Ala...wat majlis simple dimple jek sbb last minute nyer preparation..huhu. Cerita pasal birthday party baby zharif insyaAllah akan ibu update kendian yer ;)

Baby zharif demam

Beberapa hari selepas baby zharif menyambut harijadinya yg pertama, demam menyerang. Macam biasa, ibu pastinya tak boleh bersenang lenang [berblogging la..hihi] time zharif demam sbb nya bila dia demam asik merengek jek. Serba serbi serba tak kena. Pulak tu asik nk berdukung jek. waktu mlm paling mencabar kesabaran...memang tak boleh tidur punya la. sekejap2 terjaga, cek suhu badan baby zharif, panas sgt tak. pastu lap ngan kain basah. baby zharif plak asik menangis je sepanjang mlm. mujurlah ayah zharif seorang yang sgt ringan tulang membantu ibu menjaga baby zharif sepanjang mlm. ayahlah yg pergi basahkan kain..jerlumkan kat kepala zharif. Macih banyak2 ye ayah~~  Hampir 3 hari juga dia demam.

Baby zharif kena campak

Bukan kene campak ke luar tingkap or ke mana2 ye. huhu. Sebaik sahaja baby zharif baik dari demam, ibu perhatikan kat badan dan muka dia ada bintik2 merah halus. Mula2 tu tak berapa jelas la..ibu syak mungkin ruam panas je. So, I ignored. Keesokkannya (raya haji) semakin jelas pulak bintik2 tuh dan semakin BANYAK. Ibu sudah mula risau..ish, takkan alergi pulak. Syukur time ni dia tak demam dah. kalau campak dia dtg sekali harung ngan demam, memang parah gak la kot. Bila tanya ramai org [org tua2 yg ramai anak dan berpengalaman] mereka ckp baby zharif kene campak. Patutlah sebelum kene campak mata dia layu jek..kudrat nk main dgn sepupu2 pun kureng jek. Sian anak ibu :(  hari sabtu tu (raya ke-2) kami sekeluarga ke dungun sebab ayah Da dan ayah Teh baby zharif nak akikah. Buat di dungun sebab semua ahli keluarga jauh2 berkumpul di sana. Dalam keadaan ber 'campak' tu..terpaksa juga la kami usung zharif. mujur dia tak buat hal sepanjang di sana [org terlalu ramai..cuaca panas pulak tu]. Alhamdulillah. Sempat juga ayah zharif amik buah kelapa muda kat umah che Ngah Nah, nak bagi zharif minum biar kuar abis la campak2 tuh ;p
Lega sangat hati sebab 2-3 hari jek cmapak zharif dah hilang. takder kesan langsung pun ;) Alhamdulillah.


Kenduri kawin umah Long (Tok Long Zharif)

hari isnin 30 November, sepupu ayah zharif (anak Long) kahwin. since Long adalah saudara yg sgt rapat ngan family kami [baby zharif pun kenal tok Long dia ;p ] kami tolong2 juga la mana yg patut. ayah zharif tolong siang daging..pasang khemah..susun kerusi meja dll. ibu tolong tengok je..haha. baby zharif masa tu masih lom sihat sepenuhnya. tapi masa kat umah Long sibuk nak main naik turun tangga..adeh! letih melayan.


Baby zharif kena cucuk (injection) utk setahun

Seperti yg ibu pernah mention dlm entry sebelum ini masa pergi klinik utk check-up setahun aritu. sepatutnya baby zharif kena dtg semula ke klinik pada 25hb. tapi, disebabkan masa tuh baby zharif sedang demam, maka terpaksalah ibu tangguhkan dulu untuk pergi klinik. So selepas baby zharif sihat, ibu dan ayah pun bawalah dia ke klinik untuk cucuk. Masa kat klinik, dia mengamuk sebab tak nak kena timbang. Masa nak buka baju dan pampers dia dah start nangis. Nasib baik masa tuh kat klinik takde orang.


Pergi Besut hantar pengantin perempuan

Jumaat 4 Disember, kami sekeluarga ikut rombongan keluarga Long ke Besut, untuk menghantar anaknya ke rumah keluarga mertuanya. Sepanjang perjalanan redup je. dah nak sampai hujan turun. agak lebat juga. rumah pengantin lelaki pula tepi pantai..wahh~~ best betul suasana di sana. huhu.

Oh ya, 4 Disember juga merupakan harijadi nenek zharif. So, to nenek kami ucapkan SELAMAT HARI LAHIR (^-^)

Malam tu sahabat lama ibu masa sekolah menengah dulu anta sms memberitahu yg dia sudah selamat melahirkan anak keduanya [baby girl juga]. so, to ibu Razila, TAHNIAH!! Selamat Berpantang..lupa pula nk tanya sapa nama anak keduanya tuh. InsyaAllah akan pergi melawat ila nanti yer *wink*


Menamatkan perkhidmatan broadband

Hurmm...mungkin ini antara sebab musabab yg paling munasabah kenapa ibu lama tak update blog. Sebabnya ibu sudah mematikan langganan broadband yg baru bebrapa bulan dilanggan. *sob..sob*
The reason why--> sebab kualiti perkhidmatan yg sgt tidak memuaskan hati! ingatkan bila guna celcom masalah signal, line etc..should be no prolem since they claimed to be the best in broadband services. Akan tetapi..hampeh jua~~ takpelah. daripada ibu membuang duit tiap2 bulan [RM 68] hanya utk service yg memang sgt teruk, lebih baik ku matikan saja. huhu. [nak upload sekeping gambar memakan masa hampir sejam..nak buka satu2 page kene refresh byk kali..adoi!] hopefully, pasni bila guna streamyx punya broadband ok line and signal strength dia. huhu.


Laptop ibu diserang VIRUS!!!

Baru 2 bulan rasenya guna notebook yg ayah belikan utk ibu tu..tup2 sudah mau kene format balik. aiyakk~~ ini semua gara2 serangan virus2 perosak. gambar2 byk ibu save dlm tu jek..mcm takleh nk diselamatkan lagi jek :(( 


Begitulah ceritera-ceriteranya mengapa ibu zharif ni lama tak ber blog. Sekian, terima kasih.

note: sorry takde gambar untuk entry kali ni sebab laptop ayah nk format balik *peace*




Free Signature Generator

Friday, November 20, 2009

Happy 1st Birthday my Son =)

Alhamdulillah...that's the exact word to describe how's my feeling right now.


Syukur yang tak terhingga ibu panjatkan ke hadrat Ilahi sebab memanjangkan usia anakanda kesayangan Muhammad Zharif Wafiq bin Ahmad Sharunizan (arini genap setahun). Semoga baby zharif membesar dgn jayanya..menjadi anak yg soleh. Ibu sentiasa doakan segala yg terbaik buat Muhammad Zharif Wafiq sepanjang hidupnya. 

Ayah zharif pun doakan yg terbaik buat putera kesayangannya yg sorang nih ;) 


Kami doa, moga2 baby zharif membesar menjadi insan yg berguna pada agama, bangsa dan negara (ayat skema ni.huhu..) jadi budak bijak, anak soleh, taat pada ibu, ayah & suruhan agama, hormat org tua..dan harapan ibu (besar sebenarnya harapan ibu ni..huhu) kalau boleh nk baby zharif jd doktor pakar bila besar nanti. Tapi itu terpulang pada zharif sendiri bila besar nanti. Dia berhak memilih cita2 nya sendiri (jgn cita2 yg mengarut udah ler)


Okla, ibu zharif mau sambung tolong tok ummi nya buat karipap utk majlis harijadi baby zharif esok. Last but not least....




HAPPY 1ST BIRTHDAY
MUHAMMAD ZHARIF WAFIQ!






note: thanx so much pd nenek, atuk & aunties zharif di jb nung yg sanggup tggu detik 12 mlm utk wish baby zharif. Malangnya kami tido awal plak mlm td. huhu. maaf yer~ takpe nanti kami balik jb kita celebrate ag ok.

Pada aunty ros (officemate ibu masa keje dulu) thanx for the wish. Terkejut sebab kak ros siap ingat waktu baby zharif dilahirkan..aduhh!! terharu sungguh ibu ;)  Tq2..

To aunty yat TM (roomate ibu masa study dulu) thanx juga. Happy advance birthday 29hb nanti ;)

And to all yg sudi wish baby zharif..thank u so much..




Free Signature Generator


Free Signature Generator

Thursday, November 19, 2009

Besok besday MZW - Pe nak buat ye??

Tomorrow is 20th November 2009 = Muhammad Zharif Wafiq's Birthday!

Sekarang nih ibu duk memikir mikir..pe lagi yg tak cukup utk majlis harijadi baby zharif nanti.

Oh ya! ibu bercadang insyaAllah sabtu ni (21 November) nak wat majlis harijadi baby zharif...maka nya, kawan2 yang seangkatan ngan baby zharif yang tinggal di kuala terengganu nih..dijemput hadir ;)

Kepada para ibu2 sekalian apakah persediaan yg perlu utk majlis ni? since this is my 1st time. Kek dah tempah, makanan ringan siap dibeli..mainan kecil2 utk di bagi pada budak2 sudah beli.

Ape lagi ye?



note: Tahniah usu zharif dgn keputusan UPSR nya (",)

Free Signature Generator

Free Signature Generator

Wednesday, November 11, 2009

MZW - Latest milestone (11 months)

Isk..isk..sedar x sedar (sedar sebenarnya..saje je wat ayat cenggitu ;p) lagi 2 minggu, baby zharif akan genap setahun..InsyaAllah. Wahhhh~~ udah beso anak ibu. Macam x percaya jek. Alhamdulillah...baby zharif membesar dgn sihat dan jayanya (^_^)

lame x update milestone my lil' prince charming nih. so, kalinih nk update sketla pe yg buah hati pengarang jantung ku ini udah pandai :-
  • mulutnya sudah becok dan riuh sekali
  • dah pandai sebut "buuu..buu" (panggil ibu la tu..hehe) "yaaa..yaa" (ayah), "papapa", "kung..kung.."(nak dukung kot ;p) paling latest suka sebut "beh..beh" (bukan best ye dlm loghat tengganu..huhu tp 'BEAR')
  • suka menyanyi skang especially bila dia dh kenyang suka hati =) haa..time mandi for sure nyanyi..sbb tok ummi dia suka ajar dia nyanyi..
  • lagu yg selalu dinyanyikan oleh anakandaku ialah "kukuku..mbamba..dadada.." bahasa ape pun kurang pasti (",)/ '
  • suka joget (menari) bila dengar lagu..abis digoyangkan satu badan..especially kakinya yg kejap tu.
  • suka amik gmbr dan tgk gmbr sendiri..senyum smpai telinga bila nmpk gmbr dia *wink*
  • bila dgr azan secara automatik akan letak tgn kat telinga (cam gaya org ngah azan tu) sbb biasa tgk ayah dia wat cenggitu *peace2*
  • pas abis azan akan tadah tgn pastu tekup kat muka (baca doa la tu) smbil sebut "mennn..." (amin)
  • pantang nmpk tikar sembahyang/sejadah..automatik akan cium sejadah tu (maknanya dia nk solat, tiru gaya org sujud..sbb tu dia cium sejadah..hehe..alhamdulillah)
  • suka kacau org mengaji especially ayahnya lah..dia pun nk mengaji juga.
  • pantang nmpk gambar baby kat mana2 pun. paper ke, majalah ke, kat pampers ke (biase kat pampers mst ade gmbr baby kan) mesti nk cium...sayang la tu kunun ;p
  • toys plg disukai ialah songkok, buku2, pen or pencil, getah, sikat, rehal, kain baju yg dh dilipat, kunci, beg duit ayah n ibu, kasut sendiri, straw...pe lg ye?? lupa plak :p
  • dh boleh diri tnpa dipegang, tp still takut2 nk jln..nk kene tateh gk (pegang tgn dia smbil jln2)
  • dh pandai ikut kata..ibu suh flying kiss, baca doa, bye2..dia akan wat. ibu tnya eye mana dia kenyit mata, nose dia angkat idung..tangan dia tunjuk tgn dia, fan..dia tunjuk kipas siling, bird dia tgk langit.

ooopss!! baby zharif dh bgn..rasenye stakat ni dulu..nnt bila baby zharif dh genap setahun, insyaAllah ibu akan update ag..




suka baca buku dia



 smbil tggu tok ummi siap ibu suh baby zharif tepuk amai2 (>_<)


 
tgh syok main, azan bunyi..terus ltak tgn kat telinga (",)

note: para ibu2 or mommies skalian..ade tips or cara x cmne nk latih anak cepat jln? huhu


p/s : atuk, nenek, aunties zharif di jb tu..hope puas ati ngn perkembangan baby zharif stakat nih ;) chioww~~



Free Signature Generator

Free Signature Generator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...