Thursday, November 14, 2013

Kelahiran Anakanda ke-3




Assalamualaikum....

Wahhh....lama sungguh tak bersiaran ! Last entry bulan April? Skang dah November... Memang cipta rekod lah (>,<)v

Sepanjang tempoh menyepi dari berblog banyak perkara menarik yang berlaku tapi tak sempat/dapat di'share'kan atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan...cewahh~!

Actually, sebab lama tak update kerana tuntutan kerja yang super busy (penghujung April) opis berpindah ke tempat baru. So, otomatiknya banyak la kene mengemas dah trace balik dokumen2 dan barang2 opis...pastu plak...masa tu jugak saya sedang pregnant anak ke -3. Makanya, kemalasan ditokok tambah dengan kelesuan untuk menaip panjang2 sungguh la tak dapat dibendung...kahkahkah...

Eh, yang beno nya entry ni nak cerita dan nak bagitau yang saya dah selamat melahirkan anak kami yang ke-3...Alhamdulillah ! Seorang puteri... Ya, makanya kini MZW menjadi 2 gegurl dan 1 boboiboy *wink*


Baby ketiga ini agak poning kapla jugakla nk cari nama dia..bukan pilih yer...baru nak cari...huhu...

Setelah ditapis tapis...macam byk jer list dia..padahal ade 2 ke 3 ketul je pun cadangan nama baby (-.-)
Kami somi isteri sepakat pilih

Mya Zarith Wafiqa

Mya tu ayah MZW berkeras nak maintain nama anak2 dara dia Mya...kalo ikut pilihan saya..nama lain (-______-)

Takpelah...ibu mengalah..hihi.. Nama Wafiqa tu sempena memberi penghormatan kepada abg long zharif yang nak nama baby baru sama ngan nama dia..kihkihkih...kalo ikutkan saya nak nama lain juga *flip tudung*
So, kesimpulannya nama Zarith je la yang ikut buku..kahkahkah...

Tu yang nenek MZW membebel kata " ek eleh...beriya cari nama last2 pusing2 nama abg kakak dia jugak "

Nak buat cemana mungkin itulah qada' dan qadar nya *tetiba*

Oklah...takmo bebel panjang2..jom tengok wajah baby baru kami.




gambo fresh pas beberapa jam dilahirkan..



30 September 2013


Alhamdulillah Mya Zarith Wafiqa sangat mudah dilahirkan...cerita tentang proses kelahiran baby entry lain la yer...insyaAllah. Akan diusahakan (>,^)

Oh ya...saya bersalin di Klinik Rawatan Keluarga, Kuala Terengganu.. Asalnya plan nak bersalin di Pusat Perubatan Intan. Orang Teganu taulah kot...kat Kuala Terengganu ni pusat bersalin private ada 2 ni jek..selain tu Kuala Terengganu Specialist (KTS) la..puas survey dan tanya orang mana yg lebih baik..last2 pilih bersalin kat Keluarga je la..tapi bukan bermaksud kat Intan tak bagus yer...sama je..dua2 pun doktor perempuan sahaja..ya, sebab utama pilih nak bersalin kat private sebab nak doktor pompuan yang handle..hehe..

Okla, baby dah bangun nak susu...biasalah orang pas bersalin hobi terbaru ialah MENYUSU...hihi...

InsyaAllah akan bersambung....

Tata~




Tuesday, April 23, 2013

Sepintas lalu....

Assalammualaikum


Yaa.... lama benor tak update blog...

Bz sangat ke? hikhikhik...ada lah sikit2..

Actually skang ngah bz sebab esok nak pindah opis baru... so, kerja2 menge'pack' dan membungkus segala mak nenek dokumen dan barang2 memakan masa jugak... mana barang2 lama dah 'uzur'...alamatnya babai la...kahkahkah...tak koser mak nak angkut sekali..

Pas pindah, proses mengemas dan menyusun atur barang semula ke tempat asal pulakkk...adehhh~! Sib baik ada suami yang gagah perkasa lagi sangat baik hati (ayat bodek..kahkahakah) sanggup membanting tulang 4 keratnya utk membantu isteri tercinta mengemas nanti...huhu~! Tq hubby ! Eh, si isteri tolong juga...tolong tengok (>,<)v

By the way, just a quick update...

Lately tak banyak perkara menarik pun (actually nak kabo tak ke mana2 pun..sobs..sobs...) by, bila nak pi holiday lagi ni..bosan kot ari2 gi keje balik keje je..nak kene pi holiday gak la...kasi refresh balik otak khenn...

Disebabkan tiada apa2 kejadian menarik nak share, maka saya hidangkan dengan wajah agak terbaru jugakla...puteri notty kami...Zaliqha...hehe~!


* Actually, tak sempat nak transfer pics dan masa sgt suntuk...insyaAllah next time saya update lagi yer.. Thanx for reading !


 Budak mata sepet??? huhu~!

 " Saya suka makan orange... "

Setelah diikat rambut yang serabai itu...hehe~


tata~!







Tuesday, January 1, 2013

Kenangan : Zharif di taska

Assalamualaikum

Hari ni  1 Januari 2013. Bermula lah episod baru dalam hidup hero kecil kami Zharif. Hari ni di Terengganu, sekolah sudah memulakan sesi baru. Hari ini juga Zharif dah mula ke sekolah baru...

Ok, cerita sekolah baru kemudian...

Sekarang nak story tentang school lama Zharif. Semalam nak update takleh la pulak..internet slow ya hamat...

Sepanjang tahun 2012 Zharif kami hantar ke taska permata keluarga. Alhamdulillah perkembangan yang sangat positif dapat dilihat pada Zharif. Walaupun hanya setahun je dia di taska tu..tapi banyak kenangan manis dan moment2 happy Zharif di situ.

Seingat saya Zharif cuma menangis pada hari pertama je. Tu pun cikgu bagitau lepas kami tinggalkan dia dah stop menangis.  Hari kedua dia sedih sikit2 je..lepas tu sudah OK. Hari ketiga sampailah last day dia semalam..dia sangat2 hepi ke taska.

Sepanjang setahun dia di taska permata, banyak aktiviti yang dia join. Saya pernah cerita di SINI  Antaranya :

 
pertandingan mewarna

 senamrobik 


Oh..gambar masa pertandingan story telling tak jumpa pula...video ada...



harap boleh tengok >,< v


hafazan muqaddam peringkat negeri terengganu

dan yang terbaru....sebelum zharif tamat sesi dia di taska tersebut...mereka buat lawatan ke Noor Arfa Batik bersama2 ngan parents. Tapi masa tu ibu je yang join. Ayah ade kerja takleh join (-..-)' 

 
Parents kene join canting batik ngan anak2...

Ibu pilihkan batik gambo mickey untuk Zharif..huhu~



 peralatan..

batik ibu terap..kahkahkah..

 mula 'mewarna' batik..

 Zharif color sendiri...

 dah siap...tadaaaa!
adelah comot2 sikit..huhu~

 muka bosan ibu asek suruh pose !

hasil tangan Zharif (^^,)v

 sebab Zharif color 'comel' ibu kasi upah eskrem..hehehe ~!

 sebelum balik masa umumkan pemenang..
Alhamdulillah nombor Ibu terpilih untuk cabutan bertuah...dapatlah adiah kotak kecik tu..
Dalam nyer uncang batik..comel ;)

ni hadiah Zharif menang...
saguhati (>,^)/

 Sementara tunggu ayah datang ambil kami...

Wahhh...kemain lagi gaya jalan...


Dan terakhir sekali of course lah...Majlis Graduasi Zharif !

 Zharif naik ke pentas

 dimulakan dengan senamrobik dulu =)



kemudian persembahan nyanyian...

Sedap lagu2 yang Zharif and the gang nyanyi (^_^)



maaf kualiti kurang memuaskan..apsal ye bila dah transfer ke youtube jd buruk?? huhuhu..
tengok dlm hp dan pc cantik licin je gambo..
suka ati kamulah encik utube nak mendajalkan video saya..sobs..sobs..

And last but not least...

Sesi bergraduasi Zharif...

 naik ke atas pentas bila nama dipanggil...

 terima hadiah dan sijil..

 turun tangga pun ibu snap juge..hihihi...
dahla gegar2 gambar..dasar tangan tak bedung betul...

yeay ! saya dah grad !!

 ibu suruh stop jap..snap dulu ! kahkahkah...

 bersama 'yaya'

 ngan ibu plak..

"sijil saya"

bersama cikgu-cikgu dan kawan2..

Okay...kali ni kasi gambo betul2 konvo lah yer..


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

 tu diaaa...seriyes kemain muka...


kasi yang ceria sikit la..


ok...itu je..

Selamat tinggal taska permata keluarga...

Welcome new school !

Semoga Zharif mudah adapt dengan susana baru pula..

tata~!



Sunday, November 18, 2012

Kisah Anak-anak part 2 ( Happy Birthday Zaliqha ! )

Assalammualaikum...

Hari ini 18 November 2012 bersamaan 4 Muharram 1434H adalah hari ulangtahun kelahiran puteri kesayangan saya dan suami Mya Zaliqha Wafaa yang ke-2 tahun...

 Selamat Hari Jadi yang Ke - 2 Zaliqha !


Doa ibu semoga Zaliqha membesar menjadi anak yang solehah dan bijaksana...dan semoga puteri ibu ini sentiasa berada dalam lindungan Allah dan sentiasa dirahmati dan diredhai Allah...

Alhamdulillah...terima kasih Allah kerana meminjamkan amanah-Mu ini selama 2 tahun ini..dan semoga Kau pinjamkan dia lebih lama lagi untuk keluarga kami...ameen~!

 Okla..actually entry ini adalah kesinambungan entry sebelum ini...

Kalau sebelum ini kisah tentang MZW sulung..kali ini kisah MZW bongsu pulak (bertepatan pulak dengan birthday dia..huhu..kebetulan~)

Jom mulakan...

Mya Zaliqha Wafaa


 Zaliqha setahun yang lalu.
 
 
 zaliqha setahun kemudian.
Muka tak banyak berubah, badan jek slim sikit..kahkahkah~


 Zaliqha ni flexible sikit...compared to zharif. ade mood dia makan baaannyaakk..ade time dia takmo makan langsung (>,<)! Sebab tu ada masa badan dia slim ade masa badan dia berisi sikit...

Haa..macam belon gitu...bila di pam2 makin besar..bila lama tak pam makin kecut la jadiknya...bhahaha~!

 posing maut !
pic blur sebab ibu lupa nak lap camera berwap (-..-)v

Berbeza dengan zharif yang camera friendly...zaliqha most of the time sangat2 tak camera friendly..susah benor nak suruh dia pandang camera dan smileee....

 asal orang nak snap jek dia lari..atau pun bergerak sana sini..haruslah gambo jadi gegar2.. 
  
 macam ni

ini...

dan ini (t__t)

Biasanya bila kita nak snap gambo dia dia akan pandang ke arah lain..kunun2 cam candid la..or sebab dia malu..or sebab dia malas nak layan ibu dia ni..entahla..kihkihkih...

Tapi...bila mood baik...suruh smile..dia akan letak jari kat pipi pastu sengetkan badan dan smileeee...
 (^,^)v

mood baik...

 
 ni konon2 cam model dalam kereta la...

Zaliqha digelar budak takde perasaan or budak muka selamba oleh kaum kerabat yg lain...huhu. Sebabnya, memang dia jenis buat dek je kalau orang cakap or marah dia. Lagi2 time dia malas nak layan..boleh tebal seinci muka kawan tahan malu dok try agah dia tapi tidak dilayan langsung (#__#)

Zaliqha gak suuukaaa wat memek muka bila bercakap..macam kartun pun ye gak..kadang2 siap besar2 kan mata or senget2kan mulut...kahkahkah...seriyes kelakar !

Dia kalau nak buat hal sendiri takde kisah orang punya..mudah bawa dia jalan ke mana2...tak mudah meragam.

Macam cuti deepavali dan awal muharram last week kami keluar beronggeng dari pagi sampai tengah malam baru balik..Alhamdulillah zaliqha okay..hepi jek dia..main sana sini..
 
 zharif dok main golek2 bola boling tu..zaliqha selamba buat tempat duduk dia

 see...suruh pandang camera..dia cakap takmo..sambil muka tetap pandang arah lain (n-n)

Dan...bab koyak mengoyak buku or kertas2 adalah kerjaan wajib budak kecik ni...suka menconteng ye jugak..abis cadar..bantal kami dicontengnya..bagi kertas dia pi koyakkan..pastu conteng atas tilam..sabo jelah.


 dalam kerta pun bolehhh...
(baju zaliqha terbalik..huhu...begitulah bila ayah yang siapkan anak..tq by (^,<)/ )

Zaliqha suka buku, kertas dan yang seangkatan dengannya lah...kalau kat rumah buku2 kanak2 tu dia suka belek2 tapi lepas tu dia akan koyakkan...grrr...nasib beli buku murah2 jek..hihihi..

dalam kereta pun sama...
 baca peta dengan bersungguh-sungguh

sesi mengoyak bermula...

Selain itu...berbanding abangnya, zaliqha kalau tidur malam...bukan separuh tapi tiga suku tilam tu dia punya sorang...lasak kemain dak kecik ni tidur..berpusing 360 darjah tu toksah cakap la.. berapa kali dah jatuh ke bawah. Sib baik tak pakai katil...dulu masa zharif kami tido atas katil..tapi dengan zaliqha no more katil..letak tilam atas lantai jek (-..-)v  so, rendah jela kalau dia jatuh pun..dan ade tilam lagi sebelah tilam besar tu..

 sepatutnya tempat zaliqha adalah di sebelah kanan sana..
kesian abg long zharif...

gaya anak dara tido

Ini budak tecit....banyaaaakkkk kepochi...kalau bercakap macam orang tua. Kalau kita berborak ngan dia..dan dia tak paham dia akan tanya " apa? " kalau masih tak faham "apa dia?" Lepas tu, yang menyerlahkan ke 'mak nenek' an dia ialah...kalau panggil orang jauh dari tempat dia berada.. " Uuuuiii...meh meh " bhahahaha....

Pastu, zaliqha ni pantang nampak baby...dia cukup suka dengan baby.. kalau kat shopping complex ade baby berhenti sebelah dia mesti dia akan cuit or pergi kat baby tu..siap panggil2 lagi baby tu "eby..eby..meh..meh"  dan kalau baby tengah tido boleh pulak dia pergi tanya kat baby tu "eby ido??" kahkahkah...lawak sungguh kalau tengok live di situ...

InsyaAllah..tunggu zaliqha besar sikit lagi baru kita pikir tambah ahli rombongan yer...huhu~!

 baby ibu dan ayah

Bila tanya zaliqha..."zaliqha anak saper?" dia jawab "anak nenek"   lohhhh???? 
Mungkin sebab ikut abang zharif kot..zharif bila ditanya "abg long anak siapa?" dia jawab " wafiq anak atok"
Itu pasal adeq pilih nenek pulak sebab abg pilih atok...bhabhahaha~!

Lately, zaliqha sudah pandai buat drama air mata...senang cakap drama queen la.. mungkin betul kot omputih duk sebut2 tuh 'terrible two' tu...

Asal tak kene sikit mesti amukan..paling jelas bila nak mandi. Orang duk suruh dia mandi, selamba badak dia jawab dengan muka takde perasaan " mandi dah " bila tanya balik " bila masa adeq mandi? " dia jawab selamba lagi " tadiii..." padahal baru bangun pagi bau busyuk masyam lagi...hahahha~!

Kadang bila kita nak cepat atau terkejar2 masa terpaksa juga la dukung dia masuk bilik air pastu mandikan..tu yang amukan di bilik mandi..siap nak berguling lagi..grrrr...

Tips mak dia senang ajer...abaikan saja amukan dia tu..buat tak tahulah senang cakap..oh! telinga kene tebal la..tahan suara dia dengan pitching paling tinggi tu..pas 10 minit or 15 minit camtu otomatik dia diam sendiri..eh? eh? baguskan....hehehe~!

Malam tadi amukan masa nak tido. Bila lampu padam jek dia duk sebok nak keluar bilik. takmo tido lagi..ibu ayah mata dah cam lampu suluh abis bateri. Bila permintaan nak keluar bilik tidak dilayan, menyanyi lagu jeritan batinku laaa dia dalam bilik tu sambil berjurai2 airmata..hahaha~! kalau hari2 begitu boleh kurang daya pendengaran kami (-..-) kami buat dekkk saje..konon2 macam tak dengar la dia menangis tu walaupun hakikatnyaaa....

Tup-tup pas seploh minit la lebih kurang tak set timer plak..wakakaka...dia senyap pastu cakap " nak susu " dushh baring atas tilam hisap susu terus tido...walahhh...begitu saja lakonan kamu yer???


 muka budak baik (^,")v

Walau apa pun setakat ini zaliqha sangat mudah dijaga...tak banyak songeh. Kalau kita sebut no..no..dia akan ikut balik dengan nada kartun dia tu "no no?" berbeza ngan zharif. selagi tak dapat apa dia nak selagi itulah dia melalak nak jugak..nak jugak... zaliqha cool jek.. kalau gi shopping complex dia nak menan pe2 pastu kami cakap no no..dia pun okay jek. Mungkin sebab dia masih belum paham sangat kot eh?? 

Kalau travel jauh2 pun zaliqha sama seperti abangnya takde masalah. berejam jam duk dalam kereta pun dia tak meragam. kalau ngantuk hisap susu tido. kalau lapar...makan, pastu main sorang2 or ngan abang dia. 

So far, anak2 saya jenis kuat berjalan kot..macam mak dia..kahkahkah..kalau travel ya ampunnn...senang dan aman jek donia..takde wat pe'el ke hape...kalau kat rumah, asik berebut mainan or gaduh je mereka ni.
Letih ibu dan ayah duk gilir pujuk. memula adeq nangis pas senyap dipujuk kang abang pulak nangis..alahaii...cabaran besarkan anak2 begitulah...huhu~! pengalaman tu....

Eh, lupa nak cerita yang zaliqha skang dah pandai kira 1,2,3 sampai 10..Alhamdulillah. Tapi masih kene guide juga..nama2 nabi baru ingat sampai nabi Salleh kalo tak silap ke nabi Hud je ek? sikit je la baru..
Huruf jawi pun baru hafal sampai jim jek..hahahaha..hafal je. masih tak kenal huruf pun...InsyaAllah..slow2 ajar dia. Kalau kami ngaji dia sebok la nak ngaji sama...baguslah kan? tapi masalahnya, dia pi ambik quran yang sedang saya baca tu pastu letak kat depan dia pastu selak ikut dan mukasurat mana dia nak pastu dia ngaji ikut bacaan dia...yang jelas hanya bismillahirrahmanirrahim..ayat lepas tu dia guna tajwid mana pun tatau (o,O)

Hmm....ape lagi ek??

Okla, itu saja yang ingat dalam memory space kepala saya setakat ini...banyak lagi tapi mana boleh ingat sekaligus kann...insyaAllah akan diupdate dari semasa ke semasa..cewaaaahhh~!




Sekian,
 Terima kasih sudi baca sampai habis...

Tata~


| nota : zaliqha bangun tido siap boleh menyanyi2 riang..pastu tegur orang kat depan dia macam bukan baru bangun tido..erkk...budak ni tak reti mamai ke eh?? |
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...